18 December 2013

Isteri Untuk Disewa - Syamnuriezmil

 

Okey.. dalam duk sibuk-sibuk sempat jugak ML habiskan IUD. ML memang follow IUD. walaupun ML baru jer tahu pasal IUD ni...  okey kita layan blurp dia jer dolu...


Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.


Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat.

“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.

“Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.

“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.

“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.

Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?

Apa yang ML nak puji tentang karya Syamnuriezmil ni... lain dari yang lain. dia memang ada gayanya tersendiri. Identitinya adalah, bagaimana cinta itu bermula. dan pastinya, ceritanya tak akan makan tahun atau zaman. cukuplah cerita dalam sebulan atau dua bulan. tapi kebanyakkan yang ML sebulan lebih jer kot.

Tahniah utk cik puan penulis. walaupun jangka masanya pendek, tapi garapan dan olahannya yang bersahaja mampu menghasilkan karya yang hebat, ML tak tahu kenapa, ML memang suka karya dia. walaupun bahasa yang digunakan bahasa rojak, tapi langsung tak mencacat dan mengganggu pembacaan ML yang dah berusia ni. Eh, dah tua sangat ke ML ni? Rasanya Syamnuriezmil lagi tua dari ML. lalallalalla... abaikan ayat merepek tu ya.

Tentang IUD, ML tak suka satu je.. ada beberapa part, mungkin editor terlepas pandang. part yang berlainan tapi berada di plot yang sama. tapi, tak kisahpun sikit jer.

Kisah IUD ni, berkisar tetang Nur, peminat Remy Ishak dan juga penggemar pink. Gadis tegar yang suka membuat kerja gila-gila. untung menjadi Nur sebenarnya. Sering disenangi oleh sesiapa sahaja. dah lah cantik. lawak spontan yang dikeluarkan Nur dan Noah pun, buatkan ML senyum tak lepas. Hailah Syamnuriezmil ni.. pandai beli jiwa ek.

Kali ini, IUD menyelitkan tentang solat istikarah. bagaimana harus kita menerima ketentuan itu walaupun hati tak suka, tapi perlu redha kerana, pasti ada hikmah di sebalik isyarat yang ditunjukkan oleh Allah.

Maaflah Syam, masa dapat terus buka last page terus, walaupun Syam dah mantion kat FB, jangan bukak tapi, ML ni jenis x sabar yo.... hihihi.. then bila tahu, ML terus jer tutup...after 2 weeks, baru sempat baca dan habiskan. So far, ML suka cerita ni. Ringan.

Rate: 4/5

2 comments:

  1. haihh.. nak kene beli jgk ni.. huhuhuh... so far, tak peranh nak selak page belakang.. hihihih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selak tu wajib...x tenteram Kalo x tahu ending Nya Dulu.... Hihihi...walo pun perenggan last... Wajib baca... Hahahahaha

      Delete