29 September 2014

Eksperimen Cinta - Anjell

 
Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?
Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.
 
“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”
“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”
 
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?




Cerita yg santai... Bahasa yg merapu meraban tp tetap ML suka. Kalo ML suka, korang dah x boleh ckp apa ya. Bertahun jugak ML Peram buku ni. Puas hati? Boleh lah.... Apapun....satu part yg ML x suka, time bersemuka si Salmiang dgn family Aaron. Huh, terus ML rasa nak tampar jer mulut si tua Tengku Ahmad Shah tu. Nama jer peneraju company yg gah.... Cepat benou buat keputusan gitu. Mcm x logik jer... Memang... Cara penulis nak jentik pembaca dgn mengatakan company lebih penting dari menantu tu, betul.... Tapi sedikit sebanyak penulis dah jatuhkan imej seorg tokoh korporat spt TAS.. Come on... TAS tu bukannya Pak cik Ahmad yg buat kebun sayur kat hujung kg okey.... Dia pemilik Shah Group kot... X kan sesingkat tu pikiran dia... 

Okey... Faham... Faham.... Tapi, cara dia buat keputusan tu, mcm org x berfikir... Biasanya, org mcm tu, dia akan diam dulu.. Then baru shoot... Ni x... Terus jer buat keputusan... Hadoi....

Apapun, ML suka Damai... Budak tu memang cool betul... ML suka Raen... Sayangnya kisah dia ngan Suraya x dirungkaikan. Mati2 ML ingat Suraya dgn Adam.. Ingatkan Suraya tu, nama penuh dia Suraya Farhana ke... Hehehehe.....

Karya ni, banyak cuba part2 yg meleret. Dan connective antara Damia n Leo, ML x rasa sgt... X tahu kenapa...mcm part2 yg berbeza... Mcm mana Ada. Boleh jumpa Leo? Misteri... Misteri...hahahaha.... X pelah... Kurang2, x derlah novel ni jadi setebal 1500 muka surat... Kalo x, nanya....

Sebabkan ML suka ngan sikap sengal Damia tu, ML naikkan Rate dia  3/5.... Cukup lah tukan... Hehehehe

4 comments:

  1. One of my fav citer ni.. mungkin masa tu mood tgh merapu meraban kan.. hahhaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha... x der lah merapu meraban sgt...

      Delete
  2. sy dah baca tapi lupa endingnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy ending... hahhaha
      zaman sekarang susah nak cari cerita yg sad ending..
      may be sebab takut org x beli kot
      nantilah ML buat novel sad ending eh... tapi korang wajib belilah.. hahahha

      Delete