
Dendam ini tak pernah padam. Orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Nadzril perlu mendapat pembalasan. Dia akan buat gadis itu menderita kerana mempermainkan perasaan sahabatnya itu. Dan.. jalan terbaik adalah ‘memaksa' gadis itu menerimanya sebagai suami. – Syed Adryan Firdaus
“Aku belum puas buat kau menderita. Jadi, kau jangan ingat perkahwinan ini untuk menutup aib. Kalau kau berani buka mulut, kau akan menyesal” ~ Firdaus.
“Buatlah apa awak suka. Saya redha, Fir.”~ Merlissa.
Banyaknya luka yang Firdaus guriskan di hati Merlissa sehingga parutnya memenuhi setiap ruang. Dan…bila hati tiba-tiba bertukar rasa, ruang yang diminta untuk menyemai benih kasih seakan tiada lagi.
“Lissa mohon pada Fir, lepaskan Lissa.” ~ Merlissa
“Fir tak boleh Lissa. Tolonglah… “ ~ Firdaus
Jika dendam mahu ditukar menjadi cinta, berapakah harga yang perlu Firdaus bayar untuk ‘membeli' kembali kepercayaan Merlissa
