16 June 2018

Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! - Suri Ryana


Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.


Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.



Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?



Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

makan tahun kot ML peram naskah ni.... well ... walaupun ML peminat setia... pengumpul karya SR.. tapi... ML tak boleh menipu kalau karya dia agak bosan. 

ya .. agak bosan sedikit karya ni... may be ML bukan jenis yang suka sweet muweet yg tumpah bertan-tan gula. kengkadang ML rasa.. iskandar ni x der kerja lain ke... ya...memujuk mcm tu sekali.. fine.. ML mengakulah.. laki ML x romantik.. tp kalo dpt laki mcm iskandar tu.. mintak ampun lah.. not my type kot.. geli geleman den ghaso ha...ouh.. plz lah...

x tahulah nak cakap.. novel ni ML rasa kurang segalanya... duk fikir.. bilalah nak habis...
 sorry suri... i don't like it

Rate : 
***


No comments:

Post a Comment