23 July 2013

Masih Terasa - Missa James



Ni blog pengarangnya




Judul : Masih Terasa
Penulis : Missa James
Edisi 1-2013 
Keluaran : Intens Idea


Sinopsis :-


"Ni, surat pengesahan doktor yang mengesahkan saya mengandung. Dan ayahnya adalah Mizan. Mak cik serahkan kepada Mizan dan saya nak dia bertanggungjawab terhadap saya!" - Fara

"Fara tu bukan manusia. Dia tu setan. Saya lebih rela berbinikan orang gila dari berbinikan setan! - Mizan

Maka perancangan MIZAN pun bermula, namun kalut sangat...

"Yeah, yeah... Abang Mizan datang! Abang Mizan datang!" Tiba-tiba Asmah melompat-lompat sambil menepuk-nepuk tangan apabila melihat Mizan yang berada di hadapan pintu pagar. Seperti anak kecil melihat ayahnya membawa coklat sebagai ole-ole. Mizan terasa hendak terduduk ketika itu juga. 'Aduh!!! Hampeh!' Serta-merta rasa gembira Mizan menjunam tak bertahap. Merosot semua angannya. Senyum Mizan kembali hambar. Asmah masih belum pulih!

MIZAN akhirnya nekad!

"Mizan! Kau memang nak kena ni!" marah Azrul lalu dia terus meluru ke arah Mizan yang sudah berdiri untuk keluar dari rumah itu. Mizan mula berasa kecut. Dia mencari-cari ruang untuk melarikan diri di celah-celah orang yang duduk untuk menyaksikan penikahannya.

Itulah kisah MIZAN yang diugut ibunya supaya mencari jodoh sendiri. Jika tidak, Asmah yang gila akan dipinang oleh si ibu. Lalu, Mizan sentiasa kalut dan tersentap tatkala bertemu dengan bermacam kerenah gadis-gadis di kota... NAMUN, entah mengapa, dirinya MASIH TERASA penangan cinta si dia...

Mampukah MIZAN menyahut cabaran ibunya atau akur pilihan ibunya, seorang gadis gila! Dan, apakah rahsia ibunya sanggup bermenantukan perempuan gila?





SEJUJURNYA

 Bila membaca novel ni, kita membaca dari sudut Mizan. Aku rasa dia merupakan lelaki yang sangat perasan. Mungkin disebabkan rupa parasnya, dia boleh perasan bila mana-mana gadis suka padanya. Kadang-kadang terasa kelakar pula bila dia bercakap dengan diri sendiri. seperti mendabik dada.

 Mizan, tidak boleh tengok gadis berdahi licin, mesti dia mahu memikat. Dia dengan senang-senang melaburkan duitnya kepada gadis yang dia suka. Hailah... Hatinya juga tidak tetap. kejap-kejap dia suka pada perempuan ni, kejap-kejap pada perempuan itu.

Dan yang paling ketara, Mizan hanya suka kepada kecantikan. Bila dia lihat Asmah dari sudut berbeza, iiatu perempuan gemuk, dia tekad tidak mahu memperisterikan Asmah, Ishk, .. macam mana agaknya nanti bila dah kawen, beranak pinak, bentuk dan tubuh badan Asmah dah berubah. Tak mustahil hati lelaki itu juga berubah.

Mizan.. mizan..

Rate: 2/5

2 comments:

  1. kenapa 2/5? tak dijelaskan di sini ya kak? I wanna know (eceh, speaking london) :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah.... Hamboi... 2/5... Kenapa ek?.... B.o.s.a.n kot.... Hi hihihih .. X pun meluat Dgn Mizan...perasan...

      Delete