10 November 2013

Mr. Secret Admirer - Shila Alish

Karya pertama novelis Shila Alish  ......... Hemmm.... Sebenarnya, lunyai cover buku ni ML kerjakan... Bukan aper, minggu ni, ML sedikit bz.. ML start baca buku ni, Sabtu minggu lepas.. Hari ni baru sempat habiskan... Hemmmm... 8 hari jugak... Kenapa ek? Sebelum tu... Kita layan dulu sinopsis kat belakang novel tu...


Sinopsis:
Kisah bermula apabila Zureen ditawarkan bekerja sebagai jururawat peribadi kepada seorang lelaki kacukan Arab-Pakistan, Syed Redza yang baru tersedar dari koma akibat kemalangan jalan raya. Pekerjaan yang disangka mudah, rupa-rupanya serba mencabar apabila dia sering saja menjadi mangsa kemarahan dan sikap baran lelaki kepala batu itu.
Di pihak Syed Redza,hatinya memegang kukuh sebuah dendam. Kerana terlalu bencikan bekas tunangnya, dia turut melempiaskan rasa yang serupa kepada Zureen. Baginya perempuan semuanya sama, semua tidak boleh dipercayai. Sungguh hatinya benci!
“Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi, tapi di belakang macam racun!” – Syed Redza.
Kebencian Syed Redza yang tidak masuk akal itu membuatkan Zureen semakin tersepit. Dia mahu melarikan diri sejauh mungkin, namun kakinya dirantai dengan janji bersama Datin Raja Fatimah. Dan kehadiran abang angkatnya, Dr.Haziq semakin menambahkan beban apabila pangkat ‘adik' itu rupa-rupanya sekadar di bibir. Di hati lelaki itu tersirat makna yang lainnya, makna yang jelas berbeza.

Namun apabila cinta dan rindu yang terpendam utuh mulai terancam, ego seorang Mr. Secret Admirer dicampak jauh ke tepi. Dari rasa benci yang membuak tinggi, hati  Syed Redza disapa rasa cemburu apabila perhatian Zureen teralih kepada Dr. Haziq. Jiwanya mula kacau bilau tidak keruan.

Perubahan dua ratus peratus Syed Redza membuatkan Zureen kematian kata. Daripada sikap yang suka mendengus dan membentak, lelaki itu seolah-olah cuba mencuri hatinya. Akur dengan rasa yang serupa, Zureen akhirnya memberi ruang dan peluang untuk membina bahagia bersama.Namun, sebegitu mudahkah cinta mereka bersatu? Dan  mampukah Mr. Secret Admirer memegang cintanya sehingga ke akhir waktu?

“Hanya Allah yang tahu apa niat aku.  Hanya Allah yang tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri.” - Zureen



Okey... Macam yg ML cakap tadi... ML ambik masa yg lama nak habiskan novel ni ... Sebab... Bagi ML, naskah ni agak bosan sedikit... Hemmm... Mungkin semenjak dua menjak ni, ML sering baca novel yg agak santai, tu sebab rasa boring kot... Ayat-ayat yg digunakan dalam dialog pun, ML rasa sedikit skima. Duhai cik pengarang, jangan berkecil hati... Ini hanya pendapat ML jer... ML tahu, ML bukannya bagus sgt dlm nak review meriview novel ni... & kebanyakan novel2 yg ML baca, x dibuat review dlm erti kata sebenar pun. Hanya sekadar pendapat, konclusion dan juga sedikit coretan rasa yg dibuat mengikut mood ML... Kalo mood rajin... Maka pjg lah ML menaip... Kalo malas... Just secoet jer...

Apapun, untuk naskah ni, masih permulaan yg baik untuk novelis baru.. Heheheh.. Peace... Kalo ML pun, x tentu boleh buat mcm ni... Cuma ML rasa, tajuk ni lebih sesuai untuk Haziq sebab, Haziq mmg mencintai Zureen dalam diam. Kalau Syed Redza tu... X kot.. Sbb, dia terus ckp jer dia suka kat Zureen... Diakhir cerita ni, dia kata, dia mmg minat Zureen masa mula2 Zureen kerja... Tp... Masa Zureen cuti setelah seminggu bekerja dia dah ckp dia suka kat Zureen... Dah x jadi secret dah tu... Heheheheh.....

Rate: 2/5

No comments:

Post a Comment