18 November 2013

Kisah Dari Hati - Idea Kreatif



Finally habis jugak baca.. dlm sibuk2 dgn kerja yg menimbun.. sampak jugak ML release tension baca koleksi mini novel ni... okey..layan sinopsis belakang buku


Tujuh penulis bergabung melakarkan 15 cerita di dalam naskhah yang sama. Kisah yang tercoret tak akan pernah ada penyudahnya di tangan seorang penulis. Naskhah indah ini sebagai bukti kebenarannya.

 HANI FAZUHA – Cerita cinta penuh syahdu hero dan heroin yang pernah dilakarkan sebelum ini disambung kembali.

 FARAH HUSAIN - Dunia penuh bahagia Amzar si Random Guy dilanjutkan kisahnya sebagai hadiah terindah untuk dihayati.

 SYAH SHAH – Kisah Daus, si penggoda Awek pisang goreng akan membuatkan kita terasa bahagia ada di mana-mana.

 SARNIA YAHYA - Cinta dan cemburu si duda hot, Iskandar dan Tengku Ritzlan mampu mencipta senyuman di bibir tanpa perlu mendengar cerita jenaka. 

 ANNA LEE - Cerita seorang Nuha, si Gadis Caspian yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi calon isteri kepada jejakakesepian dilakarkan penuh dramatik. 

QUE SERA SERA – Romeo dan Juliet dalam versi yang berbeza, si gemuk dengan gelaran Mr Panda bertukar menjadi si kacak yang memikat. EMY ROBERTO – Shazan Shahira yang degil, yang menolak Raimie sebagai suami akhirnya akur yang dia sebenarnya tersilap langkah.


Okey...jom kita terjah satu-satu, ikut novelis.

Dia... Random Guy 2 - Farah Husain
Ini sambungan kisah DRG. Hemmm.. bagi ML, karya ni, biasa-biasa jer.. x mampu jentik perasaan ML seperti naskah asal DRG tu.. sebab... PENDEK kot. tapi, pendek tak pendek pun 44 muka surat jugaklah

Dia...Selamanya - Farah Husain
Okey... cerita DRG2 tadi ML tak suka kan??? tapi, DS ni.. memang ML suka... suka gile.... kak Farah.. please... make it a novel....best.. jalan ceritanya. Kelukaan hati Eyma.. bagaimana dia kecewa bila melihat si buath hatinya, Ammar berkahwin dengan orang lain. Pastu, cerita dia main flash back - flash back gitu... may be sesetengah orang x suka kalo main2 macam tu. Ml pun kadang2 x suka.. tapi, untuk DS ni, ML berani kerat jari.. memang BEST tahap gaban. Suka sangat... Sweetlah Ammar ni.. Kak Farah.. KITER SUKER...

Awek Pisang Goreng 2 - Syah Shah
Sejujurnya... sedikit bosan. Sorry to say Syah Shah, Daus you kali ni sedikit membosankan. may be sebab selama ni, di dalam APG, Daus seorang yang sangat sweet, suka menyakat... tapi dalam APG2 ni.. Daus busy.. tak sempat nak bermanja dengan Husna pun.. hahhaha.. jangan marah...

Isteri Soleh Suami Solehah - Syah Shah
Kisah Fai dan Din. Mula-mula baca, mati-mati ML ingatkan Din tu lelaki dan Fai tu perempuan. Sekali tersilap rupernya. Din tu Irdina dan Fai tu for Faizul si sotong. Rupa-rupanya juga, ini kisah permulaan hidup My Fawwaz. Tapi ML x suka Fawwaz ketika ni. Rasanya macam x menonjol sangat. Tapi logik la.. ni kisah Fai dan Din. Bukan kisah Fawwaz. ML memang gilakan Fawwaz dalam ITS lagi. Overall ML suka cerita ni. Serius Comel. ML SUKA. Sweet betol si Fai Sotong tu. hihihi....


Bukan Hanya Kebetulan - Hani Fazuha.
Kisah Aisya Safiya dan Azrul, si buaya tembaga. Kerana kehendak keluarga, mereka disatukan. Ada kisah yang terjadi dan menyebabkan Azrul membenci Aisya. ML suka cerita ni. It's About Love... Nice

Pergi Tanpa Alasan 2- Hani Fazuha
Ini, sambungan kisah Rihana dan Hakim . Hakim masih lagi Hakim yan penyayang. Hakim pencinta sejati Rihana. Tapi, ML tak puas pula sebab ...memang x cukup kot.. pendek sangatlah kak Hani.. mcm cover satu bab jer ni.. (hehehhe.. mood tamak.)

Harga Sebuah Cinta 2 - Hani Fazuha
Sebenarnya, ML tak pernahpun baca HSC sebelum ni. Kisah tentang Fea dan Zhafir. Macam mana ek, kisah sebenar depa ni... Hemmm.. ML tak puas hati pasal satu perkara... Zhafir koma selama hampir sebulan....bila dia sedar terus dia ingat akan permintaan Fea sebelum dia koma tu.. ek???boleh ek???

Semerah Warna Senja - Hani Fazuha
Cinta Arif Zafuan dan Ayuriana terpisah selama 4 tahun hanya kerana salah sangka. Si suami yang menyangka sang isteri curang. Rasanya agak klishelah sedikit cerita ni.. tapi ML suka.. Ariff tu.. sweet sangat....



Tanpa Dirimu - Hani Fazuha
Serius, bila baca cerita ni, ML gelak tergolek-golek. Bukan cerita kelakar okey. Tapi sebab nama watak-watak di dalam cerita ni, kebanyakkannya ML kenal.Macam Suhana, Syarifah Mona, Ayu, Fidd, Syah Shah, Lili Suliana, Sarinah... ML tak kenal secara direct dengan mereka-mereka ni.. tapi ML tahu dah adalah beberapa kali borak dengan depa. Apapun cerita ni menarik. Cuma ML tak suka ending dia...



Maaf Tak Indah - Emy Roberto
Kisah mengenai  Syazan Shahira a.k.a Gegirl dan Raimi Rahim . ML suka Raimi. Suami yang penyabar. Dia tahu si isteri tak cinta padanya.. tapi kasih dan cintanya tak bertepi. Rasa macam nak suruh jer si Emy Roberto buat novel pasal kisah mereka berdua ni.. ML memang suka cerita ni.. huh, ML... sesedap gigi jer mintak ya? Macamlah Emy tu adik engko.. eh...

Tetap Sempurna - Emy Roberto
Kisah Si Akma, dikecewakan sang suami bila lelaki itu, jatuh cinta kepada wanita lain. Dia diceraikan sang suami ketika bayi mereka berusia 5 bulan. Sadis. Akma kemudian membawa diri ke luar negara. Then bila kembali ke tanah air, Akma sakit. Cerita ni sedikit tergangtung. Pembaca tertanya-tanya, adakah Akma terima kembali bekas suaminya itu. Tapi kalau ML... boleh blah lah kau.


Dekat Padamu 2 - Sarnia Yahya
Masih lagi dengan kisah Iskandar dan Ain. iskandar yang kuat cemburu. Kali ini makin menjadi-jadi. Tapi, sayang... karya ni macam tergantung... alahai... sorry....

Pujuk Hati Dia - Sarnia Yahya
Sambungan PHD. ML tak tahu kenapa... hiskkkk... x mo komenlah... sorry...!!!

Rahsia Kita - Anna Lee
Okey... sejujurnya, ML baru kenal Anna Lee melalui TC. Memang ML suka karya dia walaupun ML tahu, dia dah ada byk novel, tapi ML belum sempat terjah lagi. Memang ML jatuh hati pada TC... dan kali ini.. RK jiga berjaya mencuri hati ML. Bermula dengan iklan mencari jodoh, Nuha berkahwin dengan Amri, atas suatu alasan. Pengakhirannya, cinta mereka bersatu bersama rahsia yang hanya mereka tahu.. i like... 

Romeo vs Juliet - Que Sera Sera.
ML baru 1st time baca karya QSS ni.. okey... ML suka.. agak menarik .. cuma ML masih tak boleh terima bila cerita ni .. ML rasa cerita ni tergantung. Okey, may be ada sambungan ataupun novel kot... ML x puas hati.. Tujuan mereka kahwin adalah untuk selesaikan persengketaan antara 2 gengster kampung.. tapi , sampao sudah, kita tak tahu, sbb dia ckp nak blk kg jer... Okey.. ML anggap ada sambungan lepas ni...

 Rate: 4/5

7 comments:

  1. semua pun tak puas baca ek sbb pendek sgt.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe.. rasa mcm nak suh depa wat novel kan

      Delete
  2. Datang singgah :)) Baru jumpa blog Madam Lola - tu pun hasil jelajah di GR hehe
    Salam perkenalan dari saya :D

    ReplyDelete
  3. madam lola beli kat mana novel ni?? blh bg info.

    ReplyDelete
  4. Naskah ni ML belia dgn idea kreatif. Cuba terjah website dia.. manalah tahu ade yg sesat.. biasanya special edition mcm ni cepat habis. Boleh jugak join big bos dia .. cari kat FB Hani Fazuha.

    ReplyDelete