23 August 2013

Pergi Tanpa Alasan - Hani Fazura



ini blog penulisnya.. ini merupakan novel kelima penulis ni.. hemmmm.. jom kita layan sinopsisnya



Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya. 

 “Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim 
“Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana 

Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang. Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya. Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. 

Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu. Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?

 “Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana 

“Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim 

Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu. Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan?

 ~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim 

Bagi aku.. Rihana, perempuan yang tabah... pandai menjaga diri. Iyalah dengan kerja dia yang macam tu, dia masih mempertahankan apa yang harus dipertahankan. Hakim pula lelaki yang pantang dicabar
Dalam karya ini, kita boleh lihat, sejauh mana manusia menjadi BODOH kerana cinta. bukanlah bodoh dungu tu.. tapi.. manusia menjadi seperti hamba cinta. seorang Hakim yang sangat digilai oleh wanita, akhirnya jatuh tersungkur kerana cinta seorang Rihana...

Dan Rihana, seorang yang berhati batu, menjadi lemah bila berdepan dengan Hakim.. tapi, itupun setelah mereka bersatu..

Sejujurnya, aku tak adalah suka watak Hakim ni.. walaupun mulutnya manis sehingga dapat mencairkan hati Rihana, tapi.. entahlah.. hihihi.. aku lebih suka watak Ridzuan... wala weh....dah lagi satu.. ayah Rihana.. hehhe,, bagusnya kalo jumpa lelaki macam tu.. apakah???

Rate:  4/5

1 comment:

  1. madam lola beli novel ni dimana ye?
    sy usha kat idea kreatif dorg bgtaw yg pembelian novel ni tutup.

    ReplyDelete