Selamat Hari Raya semua... Mood beraya masih tinggi... Tp, nak x nak Kena jugak buat review novel ni... Takut lupe pulak Mcm mane kisahnya... Dah lah hampir sebulon x buat review.... Sbb mmg x baca novel pun... Mood puasa katakan... Lagi pun, mmg duk kilik novel ni ke Hulu ke hilir.... Kenapa?... Moh kite layan sinopsisnya Dulu...
Sinopsis Cerita :
“ Tak baik macam tu, dik. Tak Baik Berdendam. Apa lagi,
kalau orang yang kita dendami itu ialah mama dan suami kita sendiri. Tak
ciumbau syurga, dik. Sebaiknya, Lyssa reda dengan apa yang berlaku ini. Anggap
ini sebagai dugaan daripada Allah dan tentunya adahikmah di sebalik
segala-galanya,” nasihat Roziana.
“ Reda kata Kak Rozi? Macam mana Lyssa boleh reda dengan
nasib yang menimpa Lyssa ini, yang direka cipta oleh manusia-manusia yang tidak
bertanggungjawab itu. Mereka buat Lyssa ini macam barang dagangan yang boleh
dijual beli, tanpa sedikit pun memperdulikan perasaan Lyssa. Dimanakahletaknya
maruah mereka sebagai seorang manusia? Seorang manusia, yang kononnya menempa
simpati daripada anak sendiri, padahal tunduk kepada permasalahan dirinya
sendiri. Yang seorang lagi tu, kononnya berjiwa halus, mahu membantu insan
lain, namun mencari kesempatan untuk menjerat orang yang tidak dapat
ditaklukinya dengan hartanya. Biarkan tuan Fahreen tu rase, betapa siksa
jiwanya selepas ini. Lyssa hanya isterinya pada kertas, tetapi Lyssa tidak akan
benarkan dia sentuh tubuh badan Lyssa ini, dan Lyssa tidak akan jadi isteri
yang menghiasi kamar tidurnya. Biar dia rasa, sudah menjadi seorang suami
tetapi tidak memiliki isteri, “ jerit Alyssa melepaskan rasa marah yang
terbuku.
cinta? Tapi keegoannya cuba
menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak
tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
Hahhhh...gitulah sinopsisnya ... Tapi...sayang di sayang ....
Aku kecewa betul... Semasa membaca... Aku sedikit terganggu... Hampir 30% tanda bacaannya salah. Tanda bacaan kadang2 membuatkan pembaca Perlu mengulang ayat yg dibaca 2 Kali.... Aku terkeliru bila watak tersebut hanya berckp di dalam hati, tp tanda pembukakata (") tetap Ada.... Hemmmm.....
Bahasa yg digunakan agak sedikit skima... Maafkah puan pengarang.... Karya ini x mampu menarik minat sy...
Rate: 2/5
No comments:
Post a Comment