18 May 2018

Objection - Rehan Makhtar

Objection - Rehan Makhtar


GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan. Aira menangis. Kecewanya dia. Zariq kejam! 

Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini. Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita. 

"Aku hanya sebut nama Zariq. Tapi, aku tak cakap dekat kau dia pelukis. Kau siapa sebenarnya?" - Aira 

"Aku adalah hakim yang akan jatuhkan hukuman pada kau, Aira..." - Zafiq 

Dia sakiti Zariq? Tak! Zariq yang tinggalkan dia. Aira bingung. Atau salah Airin, adiknya? Tapi, kenapa nama dia yang lelaki bengis itu sebut? 

"Oh, jangan risau. Aku tak ambil bekas orang!" - Zafiq 

"Kau boleh kata apa saja. Tapi, kau tak boleh cakap aku ni bekas orang! Sepanjang hidup aku, kau orang pertama pegang kulit aku, tahu tak?" - Aira 

Berkali dia nafi. Tapi, mana mungkin suara si kambing hitam mampu menandingi ngauman singa yang kelaparan? Hukuman tetap dijatuhkan tanpa perbicaraan yang adil. Kebebasan Aira kini dipenjara oleh Zafiq. Aira bertahan kerana dia yakin kebenaran akan muncul nanti. Tapi, kenapa setelah segalanya terbongkar, dia masih perlu menjadi tahanan di sini? 

"Aku orang pertama. Dan, aku mahu jadi yang satu-satunya, Aira. Kau nak terima?"- Zafiq 

"Antara kita, tiada apa lagi yang nak dibicarakan, Zafiq! Awak dah jatuhkan hukuman. Saya dah terimanya. - Aira 

Pada Zafiq pula... Perasannya pada gadis itu sejak awal adalah kenyataan. Dia mahu penjarakan Aira selama-lamanya. Dalam hatinya! Tapi, harus bagaimana dia sembuhkan hati yang telah dia lukai dengan tangan sendiri? Kuatkah dia untuk lepaskan kebencian yang selama ini menguasai demi cinta di hati? 

"Nak order isteri? Boleh?" - Zafiq 

"Hah?" – Aira 

"Errr... Sorry. Maksud abang, nak order makanan kesukaan awak. Lepas tu nak pinang awak. Macam tu, boleh ke?"- Zafiq 

"Banyak cantik muka awak!"- Aira 

Boleh jadi yang mereka benci selama ini adalah yang terbaik dan yang mereka sayangi itu adalah yang buruk. Kerana mereka adalah hamba Tuhan yang tidak pernah mengetahui... akhirnya, Zafiq dan Aira akur tanpa sebarang bantahan.

05 May 2018

Mungkin Hanya Mimpi- Hani Fazuha



“Katakan kita lakukan ini bersebab.” Deanna Helena

“Kau tak jijik ke nak kahwin dengan aku?” – Zafriel Amza
Memujuk Zafriel untuk mengahwininya, nampak sangat mudah tapi tak siapa tahu cerita sebenar hidup seorang Deanna. Beku seorang Zafriel sangat mencabar emosinya.
“Dah bisu, layaklah apply kad OKU.” – Deanna.

“Orang OKU ni, ada nafsu. Jangan sesekali cuba provok kalau tak nak aku tuntut hak yang akan menyakitkan kau.” - Zafriel
Lelah memujuk Zafriel untuk reda dengan ketentuan jodoh, Deanna beralih pada Haqeem, lawyer terkenal yang sudi mendengar setiap keluh resahnya.

“I akan sentiasa ada untuk you, D.” - Haqeem

Dan ruang makin besar dengan kehadiran Azalya, kakak tiri Deanna. Apa yang sudah sedia rapuh akhirnya runtuh. Lebih-lebih lagi bila orang yang mahukan mereka bersatu sudah pergi menghadap Ilahi.
“Kalau mama aku boleh dapatkan papa kau, aku juga boleh dapatkan Zafriel.” – Azalya

“Walau sudah terputus, masih ada peluang untuk kita ikat kembali, D.” – Zafriel
“Tak salah untuk beri peluang pada kita, D. I mampu bahagiakan you.” Haqeem

Untuk Deanna, dia tidak mahu hanya bermimpi tentang bahagia. Dia mahukan bahagia yang hakiki. Dan adakah mungkin bahagianya ada pada Haqeem? Atau yang sebenarnya, Zafriel yang simpan bahagia itu? Menerima Haqeem atau memberi peluang sekali lagi buat Zafriel, mana satu yang akan Deanna pilih?



12 February 2018

Mungkin Bukan AKu - Hani Fazuha




“YA! Zara curang.” Pengakuan si isteri buat Harraz terkaku. Kenapa Zara sanggup lakukan ini? Bukankah rumah tangga mereka sedang bahagia? Apa lebihnya Zill berbanding dirinya?



Jawapan pada persoalan itu hanya ada pada Zara. Tapi apabila Zara memilih untuk membisu, apa pilihan yang Harraz ada? 



“I tak akan ‘lepaskan’ you. Tapi I tak mahu you muncul depan I.” – Harraz
“Aku bukan mahu jadi perosak, Zara. Tapi, aku tak sanggup tengok kau menderita.” – Zill

Dulu....Harraz dan Zill, dua sahabat yang sangat mencintai Zara tapi, mereka tetap kekal sebagai sahabat walau Zara memilih Harraz. Kini... dua sahabat bagai bermusuh. Dan kali ini Zara tidak memilih sesiapa.

Sekian lama terpisah, mereka ditemukan kembali dengan kebetulan yang menyakitkan. Zara perlukan duit dan Harraz hulurkan bantuan bersyarat. 

“One night stand with me, duit 100k tu akan jadi milik you.” – Harraz.

Apakah itu nilai seorang Zara di mata Harraz? Kalau ikutkan, Zill mampu bayar lebih jika Zara mahu. Tapi masalahnya, Zara tidak mahu membuat pilihan. Dan Zara juga tidak mahu berterus terang. 

Kisah silam yang menyakitkan itu, apakah ianya benar-benar berlaku? Antara Harraz dan Zill, siapa sebenarnya yang lebih layak untuk menggenggam hati Zara? 


10 February 2018

Couple - Anna Lee


STEP BACK - Kebenaran memerlukan masa.
(Sambungan Novel Aku, Dia & Pinky Promise)

Kosong.
Dia lupa segalanya. Hanya dengan secebis memori, cinta mereka bertaut kembali. Tetapi bagaiman sebahagian lagi memori? Mampukah diingat kembali? Adalkah masa lampau akan mempengaruhi masa depan mereka?

"Hidup ini memang kisah dongeng, Jadi buat je. Kisah kita mungkin pelik bagi mereka yang tak mengalaminya." - Ray


THE RING - Rahsia cuba dibongkar.
(Sambungan Novel Naskhah Terakhir Laura Isabel)

Pernikahan segera di Kota London menyebabkan keduanya terpaksa mengikut undang-undang yang ditentukan oleh si ibu. Mampukah undang-undang itu dipatuhi? Ketika keduanya cuba menyesuaikan diri, tiba-tiba muncul misteri yang membuatkan keduanya pening kepala mencari jawapan. Rupanya, masih ada rahsia yang tersembunyi. Mampukah pasangan pengantin baru itu menyelesaikan rahsia berabad lamanya itu? Macam mana dengan kehidupan baru sebagai suami isteri? Indah atau sebaliknya?
 



30 January 2018

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU - SITI ROSMIZAH

LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU - SITI ROSMIZAH




Sinopsis:

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.




Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.