29 March 2019

PBKL2019



Assalamulaikum...

Lama tak bersiaran disini.... ML sedikit busy... tapi mood membaca pun kelaut. baru 2 biji kot novel yang berjaya dibaca... tapi belum buat review lagi. 

cuma ML nak share kat sini... PBKL2019 dah nak muncul. 29 Mac hingga 07 April 2019. so.. apa lagi... siapkan list novel yang akan di beli... ML target wajib beli novel² berikut..


20 February 2019

Kirimkan Rindu - Hani Fazuha


Bertahun bercinta dan bertunang dengan Hadi, tiba-tiba dia perlu menjadi isteri Tuan Assad. Musibah apakah ini? Tapi demi diri sendiri, Khayra harus akur.


"Today is a day to remember, K." Tuan Assad

Bermula pada hari dia rasmi sebagai isteri, tiada jalan lagi untuk kembali pada Hadi. Namun, banyak persoalan yang timbul. Siapa sebenarnya Tuan Assad? Kenapa lelaki itu berkeras mahukan dia sebagai isteri? Dan kenapa pula hubungan mereka perlu dirahsiakan?

"You tak nak jumpa keluarga I?" Aku ajukan soalan dan tanpa diduga, Tuan Assad geleng kepala. Maknanya, TAK MAHU! Telus sungguh jawapannya. Tak bolehkah dia berbohong memberi alasan untuk tidak melukakan?

Yang paling Khayra tak faham ialah hati sendiri. Dia bebas untuk pergi jauh dari Tuan Assad tetapi peliknya, dia tetap di situ.

"Lelaki spesies Tuan Assad ni, sangat rare. Kalau kau lepas dia, kau rugi" - Wana

"Masalahnya bukan aku, tapi dia yang akan lepaskan aku bila-bila yang dia suka. Sebabnya, dia dah ada Suri." - Khayra

Siapa sebenarnya Maisuri yang disebut sebagai 'suri hati' Tuan Assad?

Perkahwinan ini, bukan kerana cinta. Tapi benarkah Khayra adalah mangsa untuk melampias sebuh dendam antara dua keluarga?

21 August 2018

My Juna - Acik Lana


Juna si penganggur yang memegang 'jawatan' kasanova, toy boy, playboy dan heart breaker memiliki satu 'keistimewaan' yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. Tapi sayang, kelebihan itu disalahguna untuk mendapatkan kesenangan dunia dengan cara mudah. Peduli apa halal haram, yang penting dia hidup mewah!



Namun tanpa disangka, Juna bertemu dengan si model muslimah bernama Jane Razman kerana satu pertolongan. Entah apa takdir yang tersembunyi, mereka kerap kali terserempak di sana sini tanpa dirancang. Bagaikan dunia ini terlalu kecil untuk mereka berdua. Balik-balik nampak muka yang sama!



Jane pula layak digelar si malang dalam bercinta. Dengan Zack yang kaki cemburu dia rasa terkongkong, dengan Dato Irshad pula dia rasa tertipu. Ibaratnya terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut naga. Semuanya tak menjadi. Kenapa susah sangat nak bahagia dalam cinta?

Pelbagai dugaan datang dalam hidup Jane dan Juna sehingga hubungan mereka mula mekar dengan perasaan berbeza. Dihina, difitnah, dibuang keluarga, semua dihadapi bersama. Lalu, tak sempurna lagikah hubungan ini jika jiwa mereka saling memerlukan?

Hati si playboy longlai dan cair dengan setiap keistimewaan Jane, tapi Juna masih ragu. Layakkah dirinya yang kotor dan serba kekurangan ini berkehendakkan gadis suci itu?

I'm lucky. I'm in love with my best friend. Aku bersumpah, aku akan bahagiakan Jane dunia dan akhirat. ~ Juna.

Dan bagi Jane pula, Juna bagaikan tukang tilik yang mampu meneka perasaannya dengan mudah. Tak perlu diluah dengan kata-kata, Juna sudah mengerti dan memahami isi hatinya. Istimewanya Juna sampaikan dia tak rela melepaskan lelaki itu pergi. He's mine, my Juna!

Namun bahagia yang dicari, mudahkah ditemui? Atau ada halangan yang mungkin meleraikan cinta yang baru tercipta?

26 June 2018

MAIA - Pasha Adam


Apa yang akan kau lakukan kalau kau tahu orang di sekeliling kau penuh dengan kepura-puraan?


Bagi Maia, dia memilih untuk mengasingkan diri. Biarlah dia hidup sepi tanpa sesiapa asalkan hatinya aman dan tidak terluka. 



Namun perkenalannya dengan Azad mengubah semuanya. Kesepiannya mula terisi dan Maia mula terasa benar-benar 'hidup' untuk pertama kalinya.



Sayangnya, ada harga yang perlu dibayar untuk dia mengecapi semua itu. 



Sanggupkah Maia membayar harga yang tinggi demi mendapatkan sesuatu yang normal? Atau dia rela selamanya hidup dalam kesepian?

16 June 2018

Ti Amo, Sweetheart 100 Hari! - Suri Ryana


Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.


Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.



Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?



Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”