Ade kejadian tanah runtuh di hulu langat. Mangsanya, kediaman anak-anak yatim....aku duk bayang kat Hulu Klang... rupenyer kat Hulu Langat. Hemmm.. awal pulak kejadian berlaku... biasanya tanah runtuh berlaku pada musim hujan ... bulan 10 hingga bulan 1 ... ni macam dah lari dari kebiasannya pula.... tapi tulah kekuasaan Allah, kita x tahu apa yang direncanakan olehnya.... setiap apa yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya...sebagai manusia, kita perlu redha akan ketentuannya. Tapi kejadiaan ni pun berlaku ekoran hujan lebat yang berlaku... hinggakan, masa pasukan penyelamat berhempas pulas mencari mangsa yang tertimbus pun hujan masih turun. Dah berminggu-minggu juga kita kepanasan dek ketiadaan hujan... bila hujan turen, ia datang mencurah-curah pula....
Mangsa terdiri daripada kanak-kanak dan juga penjaga Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu membabitkan 25 penghuni pusat berkenaan . 16 daripada meraka menjadi mangsa manakala 3 lagi masih berada dalam keadaan kritikal. Katanya jugak... rumah anak yatim ni jugak... bknlah sepenuhnya dihuni oleh anak2 yatim coz ia juga beroperasi sebagai kem motivasi dan maahad tahfiz..
Laporan berita harian ada mengatakan bahawa sepatutnya, kanak-kanak tersebut menghadiri jemputan bacaan yassin dan kenduri doa selamat sempena menduduki rumah baru oleh Penolong Ketua Penyunting Berita Harian, tetapi kerana perlu menjalani latihan sebagai persiapan terakhir menyambut kedatangan wakil Perbadanan Kemajuan Filem Negara (FINAS) untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan, maka mereka menolak secara baik jemputan terseebut. Itulah... dah nak kata ajal mereka waktu itu, seandainya, ajal mereka masih panjang.. tentu mereka menghadiri jemputan tersebut... ketentuan Tuhan... hanya Dia yang Maha Mengetahui Bila sudah sampai masanya... kita tidak mampu menghalangnya...
dalam entry kali ni banyak aku taruk gambar sbb... rasa sayu dan pilu... so biarlah aku masukkan gambar yg biasa-biasa sahaja... sesaper yang berminat nak tengok gambar2.. leh tgk kat sini ataupun kat sini.
7 orang daripada mangsa telah selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad. Suasana pilu menyelubungi waris2 serta sahabat handai kanak-kanak tebabit. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan moga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.... marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah..
No comments:
Post a Comment