06 May 2019

Berikan Kesempatan - Hani Fazuha


Bagi Humaira, Luna adalah segalanya. Adiknya itulah satu-satunya darah daging yang dia ada. Kerana itu, dia sanggup lakukan apa saja untuk memenuhi impian si adik walaupun terpaksa menjadi orang gaji.

“Kalau awak kahwin dengan saya, semua urusan adik awak sambung belajar saya akan tanggung.”- Tuan Rafeq.

Tawaran majikannya kedengaran tidak logik tetapi Humaira terpaksa berfikir banyak kali demi kasihnya pada seorang adik.

“Tuan nak kahwin dengan saya sebab apa sebenarnya?” – Humaira.
“Sebab papa saya yang nak. Senang untuk awak jaga dia.”- Tuan Rafeq.

Misi mereka berbeza tetapi tujuannya tetap sama. Sebuah perkahwinan. Humaira bersetuju tetapi perkahwinan mereka perlu dirahsiakan.

“Malam ni tidur bilik saya lagi!” - Tuan Rafeq.
“Eh! Tak boleh, nanti apa saya nak jawab dengan Luna dan Kak Yah?”- Humaira

Kenapa perkahwinan mereka perlu dirahsiakan sedangkan tiada siapa pun yang menghalang? Apa akan jadi bila Humaira rasa dia sudah tidak diperlukan oleh Tuan Rafeq dan pergi membawa diri?

“Saya tak akan lepaskan awak, Humaira. Ke hujung dunia pun awak lari, tetap awak bawa status sebagai isteri saya.” – Tuan Rafeq