11 March 2016

Asalkan Dia Bahagia - Hani Fazuha

Asalkan Dia Bahagia - Hani Fazuha


Dunia ini bukan hanya untuk kita dan hidup ini, bukan hanya untuk ketawa gembira.

Payahnya menjadi seorang Adira Imani apabila dia ‘harus’ mengahwini Haris Aryan demi ‘membawa pulang’ Ikmal Reza. Kerana dia hanya si anak pungut, perkataan akur itu perlu atas nama membalas budi.

Ikmal itu abangnya dan Haris itu sahabat Ikmal. Masalahnya, antara dia dan Haris tidak pernah wujud perkataan cinta. Lebih bermasalah bila tiba-tiba orang yang dia anggap abang itu sebenarnya menyintai dirinya.

“Abang cuma nak tunggu dua tahun lagi, sehingga Dira habis belajar dan abang akan pulang minta mama satukan kita. Tapi...mama dah salah faham.”- Ikmal.

Payahnya apabila dia sudah tidak ada jalan untuk berundur ke belakang. Lantas, yang ada di depan harus jua ditelan.

“Dira isteri aku, Ikmal.” Suara Haris tegang.
“Dan dia juga adik aku,” Balas Ikmal, juga dengan suara tegang.
“Kau tak perlu jadikan alasan adik untuk menjadi orang ketiga dalam rumah tangga kami.” Haris hantar pandangan penuh makna pada si isteri.

Payahnya hubungan mereka apabila perkataan ‘orang ketiga’ sering mengundang curiga. Orang ketiga di mata Haris ialah Ikmal. Tapi, orang ketiga di mata Adira ialah Afida, si sepupu yang suka menempel dengan Haris.

Masalahnya, Haris tidak pernah mahu mengaku dan payahnya bila masing-masing suka percaya pada telahan hati sendiri.





hemmm... nak cakap aper Eh. ..
okey... 1st. .. PERINGATAN!WARNING! ...
buku ini tidak sesuai utk bdk2 bawah umur... kenapa? bukannya buku dot..dot.. dot pun... memang. ... tp.. buku ni akan meyebabkan;

1.tahap gula korang naik mendadak... x pasal2 kena hurung kat semut... tahap manis dia kalah org ada penyakit diabetis

2. korang akan rasa Tergedik2 nak kawen... Jgn ckp mak tak payung ya..

seriuslah.. x berapa sesuai utk remaja... kang ramai pulak duk berangan .. berangan x salah... benda free... tp sila kawen dulu utk buku ni ya...

sesuai sgt dgn title LE, ADB bolehlah jd bahan kudapan... rasa dia cukup.. walo pun ada lompong sikit.. tp sikit ja.. x byk... 

nasib baik lah kak hani garapan panggilan diorang I dengan U. walaupun agak kasar sikit.. sebab.. x silap.. beza diorg 5 tahun kan... it ok. .. sweet dia masih ada.. 

konflik cerita ni ade.. cuma x berapa kuat.. mungkin sbb manis si Haris lg kot nak banding dgn konflik giler2 tu.. 

haihhhh.... manalah nak sorok buku ni.. bahaya ni kalo si anak dara baca. belum masa utk didedahkan dgn cerita sebegini

No comments:

Post a Comment