04 September 2013

Bukan Kahwin Paksa - Syamnuriezmil



Ni salah satu novel karya Syamnuriezmil yg aku baca.. yg lain² x berkesempatan nak baca. Novel ni jugak aku duk tunggu siang malam. Macam biasa, hero ciptaan Syamnuriezmil memang lelaki pujaan aku.. hhahahha.. kenapa..???Sebab.. semua hero² dia sweet mueet semua.. dan paling penting memang kejung pipi ayik senyum hero yang suka menyakat tu. Moh kita layan BKP punyer blurb.



BLURB
“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”
“Kenapa cakap macam tu pula?”
“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”


Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh… maka jodohlah ia!


Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.


Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya.


Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri.


Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.


“Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru… What say you?”
“Then you get your answer…”
“Jawapan?”
“That I love you too…”


Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali… kita mula mencintai untuk dicintai.

Oh mai... depa ni memang sweet.. dengan perangai Dara yg gila-gila tu.. dan mulut Izz yang boleh tahan tu, sampai ML kena tegurlah, tak kejang ke pipi tu...asyik senyum jer dari tadi.. hehhehehhe...

Seperti biasa, karya yang sempoi dan bersahaja dari penulis bernama Syamnuriezmil. Pasangan Dara dan Izz yang tersangat sweet. Jika berjumpa bercakaran tetapi di dalam telefon, merekalah pasangan paling bahagia. Izz Rizqin, lelaki yang sanggup korbankan cinta demi keluarganya. Memang dasyat yang amat perngorbanan dia tu. Izz Rizkin yang suka menyakat dan Dara yang super temp. Namun jodoh sememangnya menyatukan mereka. Jika kerana aturan keluarga, sesi pergaduhan mereka juga sebagai teman alam maya. Rasa senang membaca naskah keluaran Karystos ini kerana terasa seperti membaca karya bahasa inggeris pula. Cuma agak mengecewakan sedikit bila margin kertas yang agak cukup-cukup kadang-kadang terasa macam, sakit jer mata ini.

 Part Epilog juga rasa sedikit bercelaru. Situasi ketika itu adalah majlis pernikahan Lizz dan Bull. Dara dan Vee sedang mengandung. Tapi tak dinyatakan usia kandungannya. Itu tak jadi hal. cuma persoalannya, agak keliru ketika itu, sudah berapa lama agaknya mereka berkahwin kerana katanya sedikit lambat mendapatkan zuriat. Macam si Azz dan Ariyana pun baru mengandung tetapi pada masa yang sama Manja dan Eunos pun dah hampir setahun bernikah.. ahhh..pening... kena repeat beberapa kali part Epilog tu... dan satu lagi m/a 454 & 456.. pun saya terpaksa repeat baca kerana tak pasti siapa yang bercakap. Kemudian baru tahu, okey tu antara Bull dan Lizz... Keseluruhannya memang berpuas hati sangat. Enjoy dengan kisah BKP ni dan memang bersetuju untuk dicintai, haruslah mula mencintai.. gud job yard.


walau apapun, sangat berpuas hati dengan BKP ni.. congratulation to yatt again... and again.. sbb berjaya hasilkan novel yang cukup santai. okey, aku dah baca 3 novel Syamnuriezmil ni iaitu SEP10! dan RKMD, dan aku sangat suka sebab perjalanan kisah mereka cukup santai dan sempoi.



Rate : 4/5

2 comments:

  1. yuhuuu! saya punya copy pun dah sampai kat rumah semalam. Terbaik! selak2 jap sebelum pergi kerja pagi tadi...1 je - format karystos macam novel English kan? Tercapailah cita-cita penulis nak jadi sesempoi macam sape tu...ala...alexandra potter. sejiwang jane austen. he he he

    ReplyDelete
  2. betol tu.. feeling macam baca novel english pulak.. kawang..kwang..kwang...

    ReplyDelete