Masa aku baca novel ni, masa tu tengah tunggu pizza dekat domino.. 2 orang kanak-kanak dalam lingkungan bawah 7 tahun datang jengok apa yang aku baca. siap pengang buku ni dan tilik cover dia lagi. Adakah buku ni memang menarik, atau cover dia nampak mcm buku cerita kanak-kanak.. hadoi.. fening aku pikir...buku ni, ada one of my FB friend yg suggest. katanya best.
ni sinopsis dia
"Awak macam kopi karamel. Ada pahit, ada manis. Tapi saya suka!"
Kerana benci kepada saudara tiri yang sering menganggapnya
penumpang, Irdina mahu menjauhkan diri daripada keluarga. Dia fikir,
kahwin ialah jalan terbaik untuk dia mencapai bahagia. Di universiti,
dia rapat dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak zaman sekolah.
Dia nekad mahu mengahwini lelaki itu sebaik sahaja menamatkan pelajaran.
Namun, cintanya ditolak.
Tatkala Irdina sedang bertatih merawat luka, timbul gosip
bahawa Irdina mempunyai hubungan sulit dengan seseorang yang terkenal.
Demi mempertahankan maruah...
“Aku nampak jalan keluar... tapi macam melampau sikit.”
“Apa dia?”
“Kau kahwin dengan aku.” Rayyan berkata selamba. Mendatar. Dia memang hati kering.
“Hah?” Dia ni melamar aku ke apa? Ajak kahwin? Serius? Tapi tak romantik langsung. Nada macam kayu... plain!
Perkahwinannya dengan Rayyan membuahkan bibit-bibit bahagia.
Kehadiran Irdina dalam hidup Rayyan juga telah mengubah kehidupan sosial
Rayyan. Sedang mereka melayari kehidupan bahagia suami isteri, mereka
diuji dengan sesuatu yang lebih menyayat hati. Tegarkah mereka untuk
terus bertahan?
Hidupku pahit seperti kopi,
Kau karamel yang melengkapi...
Komen aku: cita rasa manusia berbeza. mungkin sebab aku dah mula jatuh cinta untuk membaca naskah-naskah matang dan penuh pengisian, aku rasa novel ni biasa-biasa je. hemm.. bacaan ringan.. bolehlah kalau setakat nak hilangkan bosan..
Rate: 2/5
yeke? tak penuhi citarasa akak eh...baru nak baca, sebab baca review kat goodreads macam best. lambat lagi nak belilah camni...
ReplyDeleteciter rasa org berbeza.. bg akak.. kureng la..
Delete