08 October 2013

Seindah Rahsia - Afiqah Farzana




Alhamdulillah.. setelah hampir setahun mencari novel ni... finally, dapat juga kat tangan. dan, buku ni secand okey.. sebab dah tak cetak dan dah naik lenguh den ukur kedai buku mencari novel ni. hot sangat ke? tak hot mana tapi dah x dicetak. may be sebab x ada sambutan kot. Bagi ML ceritanya biasa-biasa sahaja, tapi ML suka jalan ceritanya. Jom layan sinopsisnya.



Kita hanya merancang namun ALLAH yg menentukan. Begitulah yg terjadi kpd nasib Sri Atiya. Demi menjaga maruah keluarga, Sri Atiya terpaksa menjadi galang ganti kakaknya, Atira bila dia tiba-tiba sahaja hilang di majlis perkahwinannya. Anua yg sepatutnyamenjadi abg ipar Sri kini menjadi suaminya yg sah. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan Sri utk menghadapi hari2 mendatang.


Pada mulanya kehidupan rumahtangga Sri bahagia. Tiada apa2 yg terjadi. namun setelah 5 thn melayari bahtera besama, akhirnya rumahtangga yg dibina mula dilanda badai. Anuar menuduh Sri berlaku curang di belakangnya dan akhirnya bercerai.

Kehadiran Ilham sbg Secret admirerer dn kemunculan Hadi secara tidak langsung telah merubah hidup Sri. Sri mula melupakan kisah silamnya bersama Anuar dan pertemua semula dgn Atira membuat hidupnya bersinar kembali. Sri mula tertarik dgn keluhuran hati Hadi dan berhasrat ingin mengambil hadi sbg suami namun dlm masa yg sama dia tidak dapat melupakan Ilham yg lebih dulu dikenalinya melalui sms.

Konflik bermula setelah Hadi mengahwini Sri. Bekas suaminya, Anuar telah datang menuntut janji pada Hadi. Hadi telah berjanji pd Anuar utk mengembalikan Sri. Perkahwinannya ats dasar cina buta. Sri sekali lg berasa tertekan. Kepercayaan pd hadi hilang sekelip mata. Dlm masa yg sama, Ilham muncul semula melalui SMs. Sri mula bersemangat kembali dan berhasrat ingin berjumpa.

Dptkah Sri berjumpa dgn Ilham? Apakah pula tindakan Hadi seterusnya? Bagaimanakah pula hubungan Sri dgn bekas suaminya Anuar? Dan siapa pilihan Sri?

Hemm... ML suka jalan ceritanya.. bagaimana cinta itu boleh berputik. ML memang suka dengan perkataan CINTA ITU BUTA. Sri jatuh cinta dengan ILHAM. Ilham merupakan cinta pertamanya. ya, walaupun dah berkahwin, dia tidak pernah merasakan cinta terhadap suaminya Anuar. Suami yang dinikahi kerana menjaga maruah keluarga. Sedaya upaya dia menerima Anuar. Apa yang terjadi antara dia dan Anuar, tidak lebih daripada tanggungjawab semata-mata.

Perkenalan secara maya dengan Ilham menjentik naluri kewanitaannya. layanan dingin daripada Anuar, melancarkan lagi hubungan Sri dan Ilham. Namun, tidak pernah sesekali Sri memberinya harapan walaupun berkali-kali Ilham memujuk rayunya. Cuma, sampai ke akhir cerita, penulis tidak memecahkan kebuntuan pembaca, bagaimana perkenalan Ilham dan Sri tercetus. 

Dalam masa yang sama Sri berkenalan dengan Hadi. Lelaki yang mempunyai persamaan dengan Ilham. Bezanya Ilham di alam maya dan Hadi pula di alam nyata. Hadi memang tergilakan Sri. Bidadari yang sering muncul di alam tidurnya tiba-tiba menjelma di alam nyata. kalau terjadi pada kita, apa korang rasa?tapi sayangnya, Sri bunga larangan.

Musibah menimpa Sri menjadikan dia semakin rapat dengan Hadi. Ketika itu pula Ilham menghilang namun rindu Sri kepada jejaka itu tak pernah hilang. Kejutan diterima Sri amat hebat. Boleh kah Sri terima. Aku suka cara Hadi menyelesaikan masalah. Dan aku memang suka cara dia. Best man always win. Happy ending.

Cuma ada beberapa kekeliruan yg aku kesan kat sini, bila masa si Sri tu sambung belajar?Alih2 nak habis je? tak kan setahun jer kot sambung degree. dan bagi,Seri ni memang x sensitif dan masih lagi dalam dunia trauma dia... sebab nama suami pun dia tak pasti.. adoi... Datin Sri... Datin Sri...

Rate: 4/5 - 4 star coz i really like this story... bukan sbb susah nak dapatkan buku ni tau.

2 comments:

  1. ek...nape akak review buku yang susah nak cari? nanti saya try baca pulak...macam banyak konflik je cerita ni. adoyai~~

    ReplyDelete
  2. hehehhe... citer ni byk bermain dgn perasaan... konflik x byk sgt pun... hihihi.. bacalah u'll be suprise... cinta, pengorbanan dan kewarasan berfikir.. hiiih..

    ReplyDelete