27 October 2013

Kerana Mahalnya Syurga - Imi Hafimi




Hemm... Sblm baca novel ni, pernah baca status encik penulis yang mengatakan, jangan harap KMS macam novel2 lain yang Ada dipasaran....so, ML harap kan sesuatu yg fresh dan cool... Tapi, ternyata, ML silap buat andaian tentang naskah ni. Apa-apa pun kita layan Dulu sinopsisnya ....

“Sebagaimana kau hasut abang aku untuk tukar agamanya, kau seksa mak aku sampai mak aku gila dan mati dalam keadaan yang paling mengerikan, dan sebagaimana kau menjadi punca ayah aku sakit tenat sampai ayah aku mati, kau kena ingat semua tu, Umi Zafwa! Kau kena sedar betapa dalamnya dendam aku kepada kau dan apa sahaja yang berkaitan dengan kau!” 

Dendam itu. Kerana dendamnya kepada Umi Zafwa, dia merancang untuk membiarkan Umi Zafwa turut terluka. Umi Zafwa perlu disakiti dan caranya, Umi Zafwa perlu menjadi miliknya dahulu.

Umi Zafwa. Tiada seorang wanita pun yang menginginkan perkahwinan sepertinya. Perkahwinan yang hanya membuka kepada jalan penderitaan. Namun, racun yang diberi Alex, madu yang dibalasnya. Benci yang diberi, kasih yang dibalasnya. 

Bukan Alex tidak pilu, bukan Alex tidak terjentik lewat pengorbanan Umi Zafwa, bahkan bergenang air matanya melihat ketenangan Umi Zafwa yang sentiasa tabah meski dilukai. 

Lantas, semakin Alex terasa mula sayang, semakin keras dia menyakiti Umi Zafwa. Kemesraan di hadapan Katherina, kekasihnya sentiasa ditunjuk-tunjuk. Umi Zafwa hanya mampu memendam rasa.

Macam menarikkan.... Tapi, sayang di sayang.... Cinta ku melayang-layang.... Okey, siapa pernah tengok Elie & Epit episode yang mana diorang nak join contest yg hadiah utamanya boleh pi Korea tu? Cepat angkat tangan... Tengok kan part diorang lakonkan semula babak dlm Ombak rindu tu? Okey, bukan ML nak kata encik Penulis nak buat Ombak Rindu lagi sekali, tak... ML nak cakap, novel ni tersangatlah over, drama, propa dan.. Dan... Kurang masuk dek Akal...

ML terfikir jugak, berapa agaknya umur Pak Daharin.. Eh, saper ek Nama dia... Luper... Alah, susah sgt, bapak si Umi tu... Iyalah, campur tolak, umur Umi keluar penjara dan cari balik Alex, umur dia dah 40++.. Sure bapak dia tu dah 70, 80 .. Hummm,,, kesiannya... Lama betol dia sakit. Panjangnya umur dia...Lagak dan perangai masing-masing macam umur 20-an pula. Terutamanya si Umi. Patutnya, dia lebih tabah kerana dugaan hidup dia tu... Tapi tak tahulah. Mungkin encik pengarang pernah jumpa orang macam tu.Tapi masa baca novel ni, ML duk terbayang Alex dan Umi masih muda... hihihih..

Maaflah.. ML tak suka novel ni. Nak menghabiskanpun punyalah seksa. Niat dihati tak mo habiskan, tapi macam kejam sangatlah pulak. perlahan-lahan ML baca jugak sebab ML nak tahu, mana perginya anak Umi. Hemm... ML bukannya harap novel ni macam sesetengah org lain harapkan... cuma ML harap, novel ni seperti penulis mentionkan. lain dari yang lain. tapi.. maaf... ML tak nampak specialnya KMS ni... 

Rate:2/5

11 comments:

  1. amboi...sadisnya komen dia...nanti sy try cari. betul ke sesadis ini ceritanya...hahaha. masochist pulak rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.. sadis ke... sbenarnya, byk lagi part2 nak di komen.. tp, x perlah...hihii... okeh...nanti kita komen same2..

      Delete
  2. betol..saya sokong..sgt sedih bile baca isi dalam novel tu..sgt2 x msuk akal n mengarut..tajuk da gempak..memg menarik la..tp nk mhbiskan novel KMS saya x mampu..baca 1/2 je trus tutup dan simpan..huhu

    ReplyDelete
    Replies

    1. kan.. kite bukannya nak benda sweet sweet pun.. tahu.. x semua hidup org sweet gitu.. tapi yang ni memang nampak sangat dramanya.. huhuu.. rasa mcm tgk drama indon la

      Delete
  3. saya dah letak tepi novel ni. x habiskan dgn cara sepatutnya (makna kata lain..baca point2 dia je n tamat) saya sokong semua yg ML komen. maaf la encik penulis. serius saya mengantuk sgt2 bila baca ni walaupun saya bukan lah org yg layan tido di siang hari. agak kecewa juga sbb tajuk dah best tp isi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. idea dia hebat, cuma olahan dia.. kurang menjadi..

      Delete
  4. Yes betul. menyesal beli!!! Tajuk cite punya la gah. Syok sendiri. Umur 40++ tp macam muda mudi. Tak faham. Sama mcm cerita Siti Nur Dhuha.....> ke laut!!!

    ReplyDelete
  5. Kerana menyesalnya beli novel ini... bukannya kerana mahalnya syurga.. :D akak pun baca 1/4 jak.. menyakitkan hati jerr baca..huhuhu..imaginasi yg keterlaluan..

    ReplyDelete
  6. Setuju:D sya bila bc novel nie terus tertidur boring sgt Dan ayat berulang2 .....entah apa2 penulis nie tulis.. syg jee duit p beli :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa rugi je beli..tak dapat terima hakikat hero pegang anjing

      Delete