24 October 2013

Oh! Cinta


Ini Koleksi Cerpen dan Mini Novel. Actually ni kali kedua aku baca koleksi mini novel. Sebelum ni kat sini. Moh kita layan apa yang mampu ML rumuskan. Eceh.. rumuslah sangat...


Ezza Mysara

Dialah Driver Yang Tercipta Untukku
"Nanti bila Aya dah besar, Aya nak kahwin dengan abang, tau." Sejak kecil, Mikhail telah memiliki hati Dayana. Tetapi kerana peristiwa itu, mereka telah berpisah. Apabila bertemu kembali, masih adakah harapan untuk mereka bersatu?

 ML sedikit kecewa... huhuhu.. ML tak suka Mikhail. Pada ML, Dayana sesuai dengan Arian. Tapi, nak buat macam manakan.. cinta tak boleh dipaksa.

Akulah Driver Seumur Hidupmu
Meskipun kecewa kerana tidak berjaya memiliki sekeping hati itu, tapi Arian tetap meneruskan kehidupannya. Pertemuan dengan seorang gadis ego, telah membuka pintu hatinya untuk bercinta. Tapi, mampukah dia merobohkan sebuah janji yang telah lama terpahat dalam hati gadis bernama Maya itu?

Kisah Arian ni ML suka. dan dari awal lagi ML memang suka Arian.

Cinta Langgar Lari
"Siapa sayang kau? Ini, aku perkenalkan pada kau, tunang aku. Sekarang kau tak ada peluang nak ganggu hidup aku lagi." Kerana mamat yang suka mengganggu hidupnya itu, Qaseh terpaksa mengaku bahawa dia sudah bertunang dengan mamat traffic light yang dilanggarnya itu!

Err... kelu pula lidah ML bila membaca kisah ni.. boleh pulak main redah macam tu jer ek??
------------------------------

Iskandar Daniel

Bagai Itik Pulang Petang
Saya memang gilakan dia yang cantik, tapi kalau bukan jodoh apa nak dikata… Barangkali gadis yang berjalan bagai itik pulang petang itulah yang terbaik untuknya.

Gadisku
"Nana selalu senyum pada saya... tapi saya tak pasti senyuman itu untuk saya atau Nizam?" Ahmad memang dah lama sukakan Nana, tapi dipendamkannya saja. Tanpa dia sangka, rupa-rupanya dia memang tak bertepuk sebelah tangan.

I Love You
Semenjak dia menikahi Leia, hanya dialah pertama dan terakhir. Tapi dek perasaan cemburu, semuanya jadi berubah. Mampukah perpisahan itu akan mengundang bahagia buat mereka?

 Honestly, ML tak suka ketiga-tiga karya penulis ni.tak tahu nak komen apa.. memang rasa tak suka.. sorry

------------------------
Rehan Makhtar

Jahit Balik Hati Aku
"Itu bayaran untuk khidmat kau untuk aku semalam." Isteri mana yang tidak sedih, jika kata-kata sebegitu dilafazkan oleh suaminya sendiri. Dan akhirnya, Rihana telah membuat keputusan yang terbaik, demi maruah dan sayangnya terhadap seorang suami.

 Kisah Ana dan suaminya, Hanip, suami yang ego.. but i like this story

Jahit Balik Hati Aku Lagi
Demi anak-anak dan cintanya, dia harus akur dengan ketentuan-Nya. Biarpun hati terseksa atas keputusan Hanip itu, tapi istana cinta ini harus dipertahankan.


Kau Dipaksa, Aku Terpaksa
"Fara senang tengok abang dah makin sihat dan Fara yakin abang akan temui kebahagiaan abang dengan Azlyn nanti." Maifara akhirnya terpaksa akur, jika itu kehendak Payed. Harapannya, suaminya itu cepat-cepat sembuh lalu melepaskannya dari seksaan.

 Perghh.. suka..suka..suka... RM memang tak pernah kecewakan ML
---------------------------
Syamnuriezmil

Sudah Kahwin Ke Belum?
"So, Natrah... dah kahwin ke belum?" Natrah. Sejak pertama kali bertemu, Alief sudah terpikat dengan pemilik nama itu. Mampukah dia memikat gadis itu, sedangkan mummy menjadi penghalangnya?

Pengantin Dua Kali
Dua bulan selepas berkahwin. Itulah janji Alief kepada mummynya. Tapi, adakah janji itu akan terlaksana? "Abang dah janji abang akan jaga Natrah lebih dari nyawa abang!"

Lari Mencari Suami
"Natrah milik abang, abang milik Natrah." Setelah bermacam dugaan yang mereka tempuhi, mampukah si isteri memujuk si suami yang sedang membawa diri yang rajuk?

Hemm.. Taraf Syamnuriezmil adalah sama dengan RM di hati ML. Tapi ML tak tahu kenapa 3 karya ni, tak berapa menyengat di hati ML.

Rate:3/5

No comments:

Post a Comment