31 October 2013

Cinta 11 Syarat - Muna Mahira




 Ni blog penulisnya. Ini merupakan novel pertama dia yang ML baca. Muna Mahira ni dah ada 3 novel rupernya. Moh layan blup ...






RASYA – Pelajar tahun akhir yang bijak. Dia tidak pernah berkasih lagikan bercinta. Itu syarat ayahnya selagi dirinya bergelar pelajar. Tapi kenapa dirinya yang karam dibadai cinta pasangan lain? Tidak semena-mena kesuciannya diragut orang yang cukup dipercayainya. Kelam terus masa depan dek insiden hitam itu. Bertambah berat beban yang terpaksa dipikul kala diri dikhabarkan berbadan dua. Mana mahu diletakkan muka kala ceritanya sebagai perempuan sundal dicanang sekampung? Orang lain yang kecewa bercinta, dia pula yang terpaksa merana! Hidupnya yang tenang dan indah selama ini berputar 360 darjah...

HAZIQ aka KOMENG – Seboleh mungkin dia mengelak daripada perempuan-perempuan bebas di kota lantaran kerjanya yang sentiasa dihimpit perempuan sebegitu. Dahulunya sentiasa berbuat dajal namun tiba-tiba dia melamar Rasya biar nama itu sudah busuk sekampung. Lalu motifnya dipersoalkan. Manakan tidak, dia satu-satunya orang yang hampir membunuh Rasya. Bukan sekali tetapi dua kali!

BERSATULAH Rasya dan Haziq dengan meriah untuk mengelak salah faham orang kampung. Biarpun tidak dipersetujui oleh umi Haziq, dia tetap meneruskan rancangannya. Rasya pula akur setelah segala syarat untuk menidakkan lamaran Komeng dengan mudah dilaksanakan. Bencinya berkahwin dengan lelaki yang hampir menyebabkan dia mati! Antara takut, sakit hati dan budi Haziq, membuatkannya berada di persimpangan. Mahu marah sungguh-sungguh tetapi kata-katanya terikat pula. Namun, mahu melanjutkan satu semester yang tinggal, dia perlu akur 10 syarat Haziq yang nampak remeh tetapi menyesak dadanya. Bermulalah hidupnya kucar-kacir kerana syarat-syarat Haziq... Tetapi, tidak kepada Haziq kerana syarat-syarat itu menambah ceriakan rumah tangganya dengan keletah Rasya yang sekejap manja, sekejap keras hati...

"Kalau Sya nak minta kebenaran peluk abang tiap-tiap malam... abang setuju sangat. Abang lagi suka." Sengaja dia menyakat isterinta.
 Rasya merengus geram. Lelaki ini memang suka menguji kesabarannya. "Hesy! Bukan dasal tulah.Tolong sikiit. Erm...Sya..."
"Abang perasan yang isteri abang manja sangat semalam," usik Haziq lagi.
"Abang...boleh tak jangan sebut fasal semalam lagi?"
"Tapi Sya nak cakap fasal semalam jugak, kan?" duga Haziq bersahaja.
"Ini hal lainlah. Fasal semalam tu..."
"Kenapa?" potong Haziq.
"Errr... semalam tu... jangan fikir sebab semalam kononnya kita dah okey. Sya tetap tak suka abang," luah Rasya berani.
"Abang tahu." Dia sudah dapat mengagak itu. Dan dia tidak mengharapkan apa-apa.
"But thanks for last night," ucap Rasya ikhlas sebelum berlari anak masuk ke dalam rumah.

PENERIMAAN Rasya terhadap Haziq aka Komeng menyebabkan Syahrie tidak keruan kerana dia yakin Komeng berniat jahat. Dia tambah tidak ketahuan rasa apabila naluri kebapaannya menular laju di ruang hati setelah mengetahui Rasya hamilkan anaknya atas kesilapan yang tidak disengajakan. Dia tekad mahu kejar Rasya.

"Patutnya Rie yang sentuh perut Sya, mak. Kesalahan Rie terlalu besar. Rie takut samseng itu berpura-pura, mak. Rie takut dia buang anak tu nanti dan dideranya Sya. Rie nampak tadi mata dia mak. Dia pandang sinis pada Rie. Dia...dia macam sengaja nak tunjuk dia hebat. Nak bagitahu Rie yang anak tu anak dia. Tu, anak Rie, mak." - Syahrie

Perghhh.. panjang berjela.. macam dan malas nak buat review. Hehehhe.. but...but...but... I'm really fall in love witih KOMENG... lalalalal.. Gilalh...si samseng yang hitam, jahat, boleh berubah jadi mamat handsome, baik . Dahlah gitu, jadi hero pula.. aigoooo.... citer ni, memang best. Siap bagi tips untuk bercinta lagi. Syarat-syarat yang dikenakan oleh haziq kepada Rasya amat bagus. Bukan hanya berat sebelah kepada Haziq malah makin merapatkan hubungan mereka. 

ML suka ayat ni, Usah Dipinta Maaf Yang Tiada Di Hati  dengan ayat ni..." I want to hold you like this forever" ala..la..la.. sweetnya ... Tiba-tiba ML jadi "gatal" lah pulak. Suka part Komeng luahkan kerinduan dia pada Rasya selepas sebulan berpisah.. Cair makcik dibuatnya.

ML setuju dengan penulis. Cinta tu tak perlu dicari dan dipaksa. Andainya ia hadir dalam diri, perasaan benci yang hadir berkurun lama akan lenyap sekelip mata..... Oh Komeng.... Ah, sudah... nampaknya ML dah sangkut kat abang handsome pulak. ML suka watak Hana, adik si Rasya tu..mulut dia lepas dan dia tersangatlah jujur. Please... sambung kisah Hana.. hehheheh

Rate 4/5

6 comments:

  1. Tenkiu so much for the review...huuu senyum jer cik penulis baca..well dun wori citer hana akan ada smbungan..hehe..n mesti ler haziq n rasya jd cameo..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak... Cik penulisnya muncullah.....hehehehe... Peace!!!!

      Delete
    2. Ada ulang cetak tak sekarang nih??? di mana boleh saya beli..?

      Delete
    3. ada rasanya. sbb citer ni akan diadaptasi

      Delete
  2. If ML suka..petang ni sy nak gi beli sbb sy rasa taste kite sama. yang ML x suka. Sy pun tak suka. ML suka..Sy pun suka...muehehe..
    -Eyza-

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishk.. Eyza.. buat malu ML jer.. hahah.. apapun, ML suka kalo apa yg ML suka, org lain turut suka.. x derlah ML syok sendiri kan???hahhahah

      Delete