22 October 2013

Bukan Isteriku Sempurna - Tulip Ungu



Wah.... Uniknya Nama penulis... Ni blog cik penulis.... Moh layan sinopsisnya .

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.
Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.


Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
 

Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”


“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun... bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA.”
Cerita bermula dengar pertemuan kembali antara Daniel Arman dengan  Nayli dan Imanina setelah 5 tahun Terpisah. Nina yang pemalu, Nina yang polos dan Nina yang merendah diri. Bagi Daniel Arman pula, Nina kini bukanlah Nina yang dinikahinya kerana menutup aib keluarganya Dulu. Nina kini seorang yang cukup berbeza. Nina yang amat menawan di matanya walaupun gadis itu hanya berketerampilan biasa-biasa je.

Kehadiran Zach yang terang terangan Cuba mengorat Nina di hadapan Daniel membuatkan lelaki itu panas punggung dan cemburu. Muncul pula Fiqri Dari sejarah lama Nina mengocak ketenangan jiwa Daniel. Semakin hari Semakin penasaran dibuatnya. Langkah diatur bagi merebut kembali cinta gadis itu. Akhirnya, sedikit Demi sedikit, Nina mula menerima Daniel dalam hidupnya.

Muncul Danish Arham kembali menuntut Nina membuatkan Daniel makin panas. Terjadi satu peristiwa yang telah merobek kepercayaan Daniel akibat tahap kesabaran Nina yang telah mula menipis. Nina dipulau, dia diabaikan. Bila kebenaran mula terserlah, Nina pula mula mengalah. Keluhuran Nina membuatkan Danish insaf. Dia akhirnya akur dan mengalah. Akhirnya dia juga yang menyatukan Nina Dan Daniel. Ternyata Jodoh mereka memang kuat.

Bagi ML, Nina ni terlampau merendah diri... Hishk...semangatnya terus hilang bila kesuciannya diragut Namun tak seiring dengan kelancaran hidupnya. Komen ML...... Okey lah cerita ni...
Rate: 3/5

2 comments:

  1. Sinopsisnya bagus...tapi kenapa 3/5. Mana yang tak kena?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.. 3/5 sebab ML rasa nasib Nina x selari dengan kelancaran hidup dia. Nina digambarkan sbg sorg yg ambat merendah diri kerana merasakan dia tidak sempurna. tapi penulis pula gambarkan Nina seorang yg mudah bergaul, mesra dan boleh menyesuaikan diri.

      Hihihih.. tu hanya pendapat ML. Lain orang pandangannya berbeza.. bagi ML, olahannya biasa-biasa jer.. tu yg ML bagi 3/5 jer.. it's mean OK..

      Delete