Dah lama x layan novel-novel karya otai macam kak Norhayati Berahim ni. Sesekali tukar selera dengan novel otai pulak. lagipun, ni novel pinjam kat library. bulan ogos kot. tapi x sentuh lagi coz sibuk dgn novel2 baru. rasanya, x molah simpan lama-lama. nak pulangkan. memanglah x kena denda kan.. tapi.. x nak lah buat harta... hahahha.. moh layan sinopsis dia...
Sukar
menerima hakikat si suami pergi tak kembali. Hati Sofea galau dan ganar.
Separuh nyawanya terasa melayang. Bagi dia, Alfian, si suami terlalu
muda untuk mati. Namun cerita yang terbongkar selepas kematian Alfian,
membuat hatinya luka parah.
Dalam melayan duka lara, Muaz muncul seperti kilatan cahaya. Lelaki yang bertahun dahulu pernah menaruh hati padanya. Lelaki yang sering berdoa, akan berjumpa semula ranting cinta yang tertinggal di belakang.
Tidak mudah hati Sofea akan berubah, tidak mudah cinta akan beralih arah. Tetapi Sofea sedar cerita kelam yang ditinggalkan Alfian harus dipadam.. Dia harus bangkit, berdiri semula dan melupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan.
Dalam melayan duka lara, Muaz muncul seperti kilatan cahaya. Lelaki yang bertahun dahulu pernah menaruh hati padanya. Lelaki yang sering berdoa, akan berjumpa semula ranting cinta yang tertinggal di belakang.
Tidak mudah hati Sofea akan berubah, tidak mudah cinta akan beralih arah. Tetapi Sofea sedar cerita kelam yang ditinggalkan Alfian harus dipadam.. Dia harus bangkit, berdiri semula dan melupuskan segala ingatan pada yang menyakitkan.
Hemmmm.. hembus nafas perlahan-lahan... jap...jap.. nak nangis 8 minit.. huhuhu... sedih.. ML x boleh.. ML sensitif sikit kalo citer macam ni...Seperti biasa, ML dah baca ending dia. Si Sofea happy ending with Muaz.(Teringat kpd salah seorang kawan ML yang bernama Muaz. Muda lagi dah dijemput menghadap penciptaNya hampir 10 tahun lepas. Al-fatihah.)
Bila baca novel ni, ML rasa terganggu sedikit sebab penulisnya menceritakan perihal Sofea dan Muaz dalam bab yang berbeza secara berselang seli. tiba-tiba muncul pula kisah Zaidi dan Soknah, ML tertanya juga, siapa mereka ni. Dan, rasanya ML boleh agak siapa mereka berdua ni. dan nyata telahan itu betul. one goal for me...yeeehaaa....
Bila Alfian meninggal dan rahsianya terbongkar ML turut terasa sakit hati. Ya, it's really sensitive issue for me. TRUSTNESS. Sekali kepercayaan itu tercalar, memang sykar digapai kembali. Cuma, kepercayaan kepada Alfian terhakis bila lelaki itu sudah tiada lagi di dunia. dia tak mampu untuk membela dirinya. kenapa dia buat begitu. Sakit pulak hati kiter... Hidup-hidup Sofea kena tipu. Lima tahun tu. ML tahun Alfian sayang dan cinta pada Sofea seorang kerana hanya Sofea sahaja yang menjadi isteri dalam kata sebenar kepadanya. sedangkan Soknah, hanyalah di atas kertas sahaja. Tapi ML hairan, Alfian boleh pula menjadi seorang yang tersangat perihatin sebagai Zaidi, ayah yang baik kepada anak-anak Soknah dan selalu memenuhi janjinya kepada anak-anak. Sedangkan dengan Sofea, dia seorang lelaki yang selalu mengabaikan perasaan Sofea dan keluarga Sofea. Dan juga keluarga dia sendiri.
ML tak sangka pula, Sofea boleh memaafkan Alfian dalam masa yang singkat. Tapi mungkin juga kerana hatinya telah dilimpahi dengan kasih sayang daripada Muaz, pencinta sejati Sofea. Lelaki yang sentiasa merindui dan mencintai Sodea dalam masa lebih 5 tahun. Lelaki yang tidak pernah lelah berdoa untuk disatukan dengan Sofea.
ML setuju dengan phasa ni, Tuhan sembunyikan matahari setelah Dia turunkan hujan. Kita mencari, ke manalah menteri menghilang. Rupanya, tanpa kita sedari, Tuhan kirimkan kita pelangi yang indah mendamaikan jiwa.
ML juga suka dengan falsafah Plato yang diubah suai oleh Ayub dan Muaz. jika ranting yang dijumpai telah tertinggal di belakang, tak salah untuk kitamasuk kembali ke dalam hutan dan mencari ranting itu jika kita masih di mana ranting itu berada.
Rate:4/5
P/S: dah habis baca pun masih duk sakit hati lagi.. naperlah si Alfian buat Sofea tu.. huhuhu...
Rate:4/5
P/S: dah habis baca pun masih duk sakit hati lagi.. naperlah si Alfian buat Sofea tu.. huhuhu...
beli & baca citer ni last yr.. lgsg x ingat jln citer dia.. huhuhu... nak kena khatam blk baru bleh review. :)
ReplyDeletekan... ML pun selalu macam tu... rasa mcm dah baca satu-satu novel tu, tp langsung x ingat citer dia mcm mana... tu pasal kena buat komen sikit2 pasal novel yang dah baca ni..
Delete