14 October 2013

Babak Terakhir - Hannah Ezaty



Fuuhhhh.. lega gile... mau x lega... dah hampir sebulan duk usung buku setebal 956 muka surat ni kehulu ke hilir.. tapi, baru hari ni berjaya habiskan.. adoi.. sengal bahu.. macam dah nak koyak dah beg doremon kiter tu... huhuhuu...Ni blog penulisnya... Jom layan sinopsis...



“Nama I Emrizal bin Mokhtar. Sofea, you masih ingat dekat I, kan?” -RIZAL
“Mana boleh lupa, tempat jatuh lagikan dikenang. Ini pula pembuli durjana macam kau!”-SOFEA

Hati SOFEA ANNISA bagai dilanda Garuda apabila ingatannya singgah kepada Rizal a.k.a Jai yang kuat membulinya ketika zaman kanak-kanak. Jai, ‘si monster’ yang pernah mengikat dirinya di pohon rambutan, menyumbat mulutnya dengan pasir sungai, menyimbah dirinya dengan air perigi yang sejuk.

Perasaan menyampah terhadap Rizal mendorong Sofea membalas dendam terhadap encik pembuli itu.
 Rizal pula, meamng sengaja mengusik Sofea. Hanya dengan usikan dia dapat menarik perhatian gadis kasar yang gila-gila itu. Ya, Fea memang gila-gila. Kereta BMW pun sanggup dipecahkannya.

Errr… Kita nak naik skuter ni?”- RIZAL
“Jaiho, cepatlah naik! Lembab betullah kau ni! Tadi beria-ia nak ajak keluar jalan-jalan! Suruh pakai helmet pun macam Perempuan Melayu Terakhir!” - SOFEA


"Hei, you gila ke apa Sofea?Kereta orang tau!" - RIZAL
"Kereta orang ke, kereta beruang ke, ada aku kisah? Puas hati aku! Bodoh sangat letak kereta sampai menghalang jalan orang. Lain kali kalau nak tinggalkan kereta macam ni, letaklah nota ke. tinggalkan nombor telefon ke, e-mail ke..." - SOFEA

Apabila Sofea kuat melawan, yang kuat memberontak dan brutal, dipadankan dengan Rizal si pembuli yang poyo, yang suka berlagak cool, selamba, nakal dan pandai memasak, akankah muncul babak-babak terindah dalam hubungan itu?

Sweetkan  skuter Fea tu??Bagi ML, Sofea memang belum matang. Bila satu kejadian menyebabkan dia terpaksa bernikah dengan Rizal, ada permintaan karut dan keanak-anakan dari Fea. Fea..Fea.. nak kata ko ni terpengaruh dengan novel, tak ada pulak si penulis cakap Fea ni kaki novel. Orang kawen paksa dan buat agreement, dia pun nak buat agreement jugak. tapi yang pasti, agreement tu akan membuat pembaca mengatakan dengan jelas Fea seorang yang keanak-anakan dan menyembunyikan perasaannya.

ML setuju dengan Rania, kakak Rizal. Mana mungkin Sofea senang-senang terima Rizal. Dengan agreement yang entah apa-apa tu, confirm... ML berani kerat jari (tiru ayat si Rania) yang Fea memang ada hati pada Rizal. Itulah, orang tua-tua ckp, jangan terlalu membenci seseorang nanti jatuh sayang dalam sedar.

Karya ni agak meleret. Bila dah sampai bab-bab terakhir barulah ML teruja nak habiskan cepat-cepat. Tapi ada beberapa perkara yg penulis tak jelaskan... antaranya, mana pergi dan menghilangnya si Rosa, adik si Yusri apa cerita dan juga kisah Aimin, Syukri dan juga Aman yang mati begitu sahaja. tapi, kalau diolah semua, maunya novel ni jadi setebal 1500 muka surat.. sorry ya cik penulis...peace..

Rate: 3/5

2 comments:

  1. Larzuadi/Nasz best kak, nipis sikit. Banyak buli2 gak... Review satu pasni~ >900ms wow~ gigih baca time2 raya. Dok dapur tak ni?? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ek??? kena carik tu.. sebenarnya serik sikit nak beli under JS ni.. sbb banyak karya dia utk muda belia.. yg senja mcm akak ni(eh, dah senja ke?) kureng sikitlah... ni dah bertahun duk usung... harus x masuk dapur.. hahhaha.. habiskan sebelum rayalah... kekkekke

      Delete