14 September 2013

Mawar - Nass Aina Noah





TAJUK: MAWAR
PENULIS : NASS ALINA NOAH
TERBITAN: UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS (2005)
ISBN: 967-61-1593-2


Finally, selepas berbulan-blan mencari, rasanya hampir setahun juga. Kalau tak silap. november 2012 aku dah start mencari this book. Kira memang evergreen gilerlah. start baca kat google book. dah terus jatuh cinta dengan buku. ini merupakan novel pertama beliau terbitan tahun 2005. aku selute gilalah pada dia.. masa tu, dunia novel tengah rancak dengan Aisyah Sofea, Sarifah Abu Salem.. saper lagi ek??? ramai lagi kalo x silap aku.. ha.. the legend, arwah Liana Afiera Malik.. Kira Nass Alina Noah ni, hebat jugalah boleh jadi seangkatan dengan mereka2 ni

Ni sinopsisnya:

MAWAR dilanda dilema. sikap ibu dan kakak tiri sering menyusahkannya. dalam pada itu, terpaksa pula Mawar menerima perkahwinan yang telah dirancang oleh arwah abahnya dan Datin Maznah. dia tidak dapat menerima status sebagai seorang isteri kerana usianya yang masih muda.

dia punya cita-cita yang tinggi menggunung dan baginya status sebagai seorang isteri akan menjadi tembok penghalang untuk mengejar cita-cita. lantaran itu, perkahwinan Mawar dan Johari hanya pada nama.

Johari, anak yang taat pada permintaan ibunya. dia berazam untuk mencintai isterinya dan memberi peluang kepada Mawar mengejar cita-citanya. namun, dapatkah Johari menawan hati Mawar dan mematuhi pelbagai syarat yang dikenakan oleh Mawar?


Kisah tentang si gadis bernama Mawar. Aku suka dengan watak Mawar dan Johari. Johari yang suka mengusik dan juga Mawar yang degil. Namun begitu, Mawar ni tabah orangnya. Dalam degil dan nakal, dia matang mengikut arus waktunya.

Kematian ayahnya secara mengejut telah menyebabkan Mawar menjadi yatim piatu ketika berusia 16 tahun. Dan ketika inilah dia dikahwinkan dengan Johari secara rahsia atas permintaan Mawar sendiri. Pada mulanya Johari sendiri menolak, namun, kerana taatnya sorang anak kepada ibu, dia merelakan. Mawar pula dalam terpaksa menerima apabila diprovoke mengatakan itu semua amanat kedua orang tuanya. Tapi niat Datin Maznah hanya satu, mahu selamatkan Mawar dari cengkaman ibu tiri sahaja.

Banyak ayat-ayat lawak yang membuatkan aku terus tersenyum, tergelak dan tersipu-sipu dalam novel ni. Begitu juga nasib si "Abe" yang manja dan kadang kala menjadi tempat Mawar melepaskan geram. Yang bestnya, ceritanya padat walaupun tak setebal mana. Hanya satu malam aku dapat habiskan. may be sangat teruja untuk membacanya.

Cuma, cerita ini sad ending. Johari aku rasakan sidikit dayus. Oh come on, ko boleh je tinggalkan bini kau macam tu. Rasa nak lempang je. Tapi.. i know.. cinta dia memang mendalam pada si tembam tu.  Di akhir bab, aku turut terasa... terasa something bila kepercayaan mula longgar. Kesian Mawar. Dan yang sedihnya, aku tak dapat agak apa jadi pada si Pahlawan Cicak Kubing Skremping tu.. Sis Nass Alina Noah x nak sambung cerita ni ke?

Rate: 3/5

3 comments:

  1. sesiapa yg still simpan novel ni .. bole jual kepada saya .. email saya please .. haziqah1707@gmail.com
    tq

    ReplyDelete