21 September 2013

Dia Bukan Arissa - Syaida Ilmuna

 

Berminggu-minggu aku kilik buku ni. Kejap aku letak balik dan sambar buku lain. 1st time baca, macam ada something wrong lah buku ni. Then aku selak kat belakang... alamak.. spoil....!!! So aku teruskan jugaklah. Dah belikan.. bila baca , semua rasa ada .. copycat , kopi panas, kopi susu... semua ada... 

ni sinopsisnya:

Arissa mati dibunuh? Arlisa panik melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya.

“Kalau kau tak nak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ni biar aku yang uruskan,” ujar lelaki yang tidak dikenali yang datang tiba-tiba.

Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah ‘mertuanya’ menyamar sebagai ‘menantu’ Puan Murni, ‘ibu’ Ameera dan... ‘isteri’ Adam! Barulah dia tahu siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa. Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia nak berdepan dengan Adam? Adam melayannya mesra bagai seorang suami. Ahh... payah! Memang payah!

Arlisa perlu lakukan sesuatu... tapi apa? Dia adalah dia, bukan Arissa. Dan dia mula jatuh cinta pada... Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang!

Sekali lagi aku tertipu dengan sinopsis yang menarik tapi isi hampeh..komen aku, sejibik sejibun mmacam  La Usurpadora... hadoilah dik non, kebanyakkan plot dah rasa sama dah.. aku mengaku memang dah tak ingat dah citer La Usurpadora tu macam mana.. tapi bila baca novel ni... hehhehe...
rasa nak minta duit balik jer kat MPH tu.. huhuhu....

Rate: 2/5

3 comments:

  1. macam nak beli buku ni... dah baca sampai bab 20... tapi takut palk nak beli... takut tak berbaloi... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpulang kpd citarasa. ML dah search beberapa review.. ramai jugak yang suka. mungkin yang ni memang tak kena dengan jiwa ML sahaja

      Delete
  2. nak tanya
    citer ni tang si kembar ganti si kakak kembar jd isteri sy lum baca tapi mcm rase tandatanya cikit - so arlisa tak nikah dgn suami arisa tu kan?
    jadi mcm mana hidup dorang?
    adakh dorang stay satu bilek?
    mcm takut gak nk baca

    mcm pelik lh sbb ni cerita melayu n islam if citer asal La usurpadora tu ku tak pelik sbb bukan islam tak kisah nikah or not!

    ReplyDelete