Okey.. ni blog penulisnya... tapi tarik nafas dulu... lepas... tarik nafas.. lepas... perlahan-lahan. Ini Sinopsisnya:
Nadia yang polos, Nadia
yang setia. Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya. Kerjaya dan Kahwin.
Kerjaya? Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin? Hah, itu yang susah!
Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak
mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah. Jawapan Imran buat
hatinya naik geram.
“Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu.”- Imran
“Awak, dia mak saya tau. Kalau awak, dah lama saya buat
Imran-goreng-sambal-belacan!”- Nadia
Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya.
Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di
situ.
“Awak, nak kahwin dengan saya tak?” - Nadia
“O… key. Bila?” Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya.
Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah. Niat
hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu! Namun siapa sangka tindakan
nekad itu, merubah corak hidupnya. Pertemuan demi pertemuan berlaku
selepas itu. Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat
gian itu pakai kereta Audi yang ‘seksi’.
“Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?” - Khalif
“Tak. Mula-mula saya sangka awak ni mat gian. Tapi tak sangka rupanya
awak ni mat gian campur pencuri kereta!”- Nadia
Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart
dan bergaya. Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver. Siapakah
dia sebenarnya?
Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana? Apa akan
berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya? Siapa yang Nadia
pilih, Imran atau Khalif?
Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?
Okey... aper yang nak aku cakap.. GILER X BEST!!!!!.. dari awal aku memang jatuh cinta dengan sinopsis dia.. hai... semenjak dua menjak ni memang kerap tertarik pada sinopsis yer... kekekke .. tapi seriusly, setiap kali baca bait-bait perkataan, hati berdetak sama... huh, parah.... Gaya penceritaan yang santai, novel komedi romantik ni memang membuat aku jatuh cinta tergolek pada Khalif Aufa... hihihih.. aku tak suka watak Imran.. betul..
Rate:4/5
No comments:
Post a Comment