Fuuuhhhh... lega rasanya dapat habiskan novel kedua Farisha Imani ni. Tapi, maaflah FI, nampaknya ur 2nd baby x berjaya menambah hati ML seperti novel pertama dia iaitu STRTA. Novel ni ML beli sekali dengan 13 Jam A380 hari tu. Tapi baru berkesempatan ML menelaah.... wah dah macam baca buku ilmiah lah pulak. tapi, nak buat macam mana kan. dah memang gitu gayanya. koleksi tu banyak, tapi kena ikut turnlah, yang mana ML terpikat dulu.. huhuhu....
Ni sinopsis dia
Bagi Nurul Iman… Fariz Minhat hanya menjadikan dirinya sebagai peneman setiap kali lelaki itu memerlukan.
Bagi Fariz Minhat…
Mustahil impiannya selama ini akan menjadi kenyataan kerana dia tahu,
Iman tidak mempunyai rasa yang sama sepertinya. Lantas, cukuplah sekadar
memerhatikan dan memuja gadis itu dari jauh, di sebalik gambar-gambar
yang selama ini diambilnya secara curi-curi.
Disebabkan rasa waswas itu, mereka akhirnya membawa haluan masing-masing. Fariz Minhat cuba memilih untuk hidup bersama seorang gadis tanpa rasa cinta gara-gara rasa yang cuba dinafikannya terhadap Iman.Iman
cuba memilih jalan seperti Fariz, tetapi mengapa setiap kali dia cuba
mewujudkan rasa cinta untuk si dia yang lain, ada saja alasan yang
menyebabkan dia harus bersama dengan lelaki itu?
“Aku
takkan pernah rela dengan apa yang dah terjadi antara kita. Kau faham
maksud aku, kan? Kau berhak memilih, Iman. Jangan tunggu aku. Sebab aku
juga takkan tunggu kau.” – Fariz
Semenjak
perjanjian yang tak boleh dimungkiri itu diletakkan ke atas bahu mereka
berdua, Iman semakin yakin, lelaki itu akan terus membenci dirinya. Fariz pula semakin yakin, hubungan yang dibina tidak akan menuju kebahagiaan.
Mampukah
perasaan yang telah disemai dalam hati sedari dulu, dapat membawa
mereka kepada impian yang sama? Hanya dengan keyakinan dengan rasa cinta
yang ada dapat menemukan mereka berdua dengan jawapan yang
membahagiakan selama-lamanya.
“Apa yang abang suka tentang Iman? Iman rasa, Iman tak ada apa-apa kelebihan. Banyak kekurangannya...”
“Bagi
abang, kelebihan Iman terlalu banyak. Nak abang senaraikan satu persatu
ke, sayang? Mungkin sampai ke malam nanti belum tentu habis abang
senaraikan. Haha...”
Bagi aku, cerita ni biasa-biasa sahaja. Aku ambik masa berminggu-minggu untuk habiskan bab 1(13 muka surat) apa yang aku perasan, novel FI ni, agak panjang kisahnya dalam setiap satu bab. Penceritaannya sedikit meleret(sorry again FI) tapi, apa yg aku suka tentang ABIMK adalah, FI berjaya membawa emosi benci dan sakit hati Iman kepada Fariz.. Seriusly... aku pun turut sakit hati dengan perangai tak semengah dan kurang matang Fariz. Dan aku memang rasa, Fariz memang tak matang.
Ada beberapa part yang aku rasa, FI terlari sedikit... antaranya adalah pada muka surat 630-631. Hemmm.. masa ni kalau x silap aku, mereka berada diluar rumah. Dekat buaian. Tapi, kenapa aku rasa mereka tiba-tiba berubah kedudukan di dalam bilik. kemudian, Iman pula lari masuk ke dalam bilik, sedangkan situasi tadi dah tukar Fariz yg ada dalam bilik. Adoi..persal aku pulak susah nak susun ayat ni... abaikan.. abaikan...
yang ke dua adalah tentang usia kandungan Iman. Kalau x silap aku...(Maaflah FI. ML baca sekali sahaja.. mungkin ada yg ML terskip info...) usia kandungan Iman dah sebulan ketika bithday Darwish.. kenapa selepas 5 bulan, kandungan Iman masih lagi 5 bulan ..
aggh... sudah... pada cik FI atau sesiapa yg terbaca komen ni, sila betulkan fakta ML yg x berapa nak fakta ni.. may be ML terover dose ubat selsema.. tu yg pening sikit tu... harap, adanya teguran daripada anda nanti, ML akan ubah blk review ML ni...
ML tahu, susah nak hasilkan novel. ML tahu, hanya org berbakat dan sabar sahaja, boleh hasilkan super dupper karya yg mampu buatkan orang lain suka,menangis dan sewaktu dengannya. bukan ML tak harga karya FI yang kedua ni.. tapi, ML rasa sedikit ralatlah... ML lagi suka STRTA daripada yang ni.. So, Harapan ML, FI jangan putus asa. Ini hanya pendapat ML jer.. ML ni bkn pengkritik profesional.. sila abaikan kritikan ML ni ya.. harapnya FI terus berkaya dan berkarya.. apapun ML suka watak Mikael.. yeahhh....dan idea jalan cerita ni pun ML suka.. kalo ML .. x tentu lagi ML boleh olah idea jadi cangini...
Rate: 3/5
No comments:
Post a Comment