Bagi Humaira, Luna adalah segalanya. Adiknya itulah satu-satunya darah daging yang dia ada. Kerana itu, dia sanggup lakukan apa saja untuk memenuhi impian si adik walaupun terpaksa menjadi orang gaji.
“Kalau awak kahwin dengan saya, semua urusan adik awak sambung belajar saya akan tanggung.”- Tuan Rafeq.
Tawaran majikannya kedengaran tidak logik tetapi Humaira terpaksa berfikir banyak kali demi kasihnya pada seorang adik.
“Tuan nak kahwin dengan saya sebab apa sebenarnya?” – Humaira.
“Sebab papa saya yang nak. Senang untuk awak jaga dia.”- Tuan Rafeq.
Misi mereka berbeza tetapi tujuannya tetap sama. Sebuah perkahwinan. Humaira bersetuju tetapi perkahwinan mereka perlu dirahsiakan.
“Malam ni tidur bilik saya lagi!” - Tuan Rafeq.
“Eh! Tak boleh, nanti apa saya nak jawab dengan Luna dan Kak Yah?”- Humaira
Kenapa perkahwinan mereka perlu dirahsiakan sedangkan tiada siapa pun yang menghalang? Apa akan jadi bila Humaira rasa dia sudah tidak diperlukan oleh Tuan Rafeq dan pergi membawa diri?
“Saya tak akan lepaskan awak, Humaira. Ke hujung dunia pun awak lari, tetap awak bawa status sebagai isteri saya.” – Tuan Rafeq

Seperti "pesan" daripada penulisnya... Cerita ini hanya biasa-biasa sahaja. Sebab jadi LE? Hanya penulisnya sahaja yg tahu.
For me.. Kisah ini tentang pengorbanan. Bagaimana kasih seorang kakak terhadap seorang adik. Bagaimana rasa obses dan inginkan sesuatu yg boleh memakan diri.
Kisah Humaira yang sanggup berkorban demi sang adik. Yang peliknya.. Bagaimana Humaira boleh lepaskan adiknya menyewa sendiri sedangkan sebelum ni mereka tak pernah berpisah. Bagaimana si Luna boleh tiba2 jadi perempuan gedik nak menggoda bagai? Kau dah kenapa jadi macam tu tiba-tiba. Macam orang tak sedar diri pula.
Penulis terlalu ingin menjadikan Humaira seorang agak "baik" orangnya. Hinggakan tersalah fakta bila menyatakan Humaira tidak pernah jejak kakinya ke bilik Tuan Rafeq. (m/s 103) tapi sebenarnya... (bab 16 m/s 96-101)... Satu bab kot cerita kat bilik Tuan Rafeq jer... Ker tu bilik lain.. ML salah baca eh.kalau salah...sorry.....my bad... Tapi jangan salah tafsir.. X der adegan "tuttttt" pun... Semua suci murni jer...
Kisah bagaimana obsesnya seorang Noreen. Apa yang dia nak sebenanya sampai sanggup buat cerita. Obses sangat dia pada Tuan Rafeq. Sanggup cederakan diri semata nak Tuan Rafeq terima dia balik.. Haihhhh.. Ceraipun belum... Ko ingat pempuan boleh kawen dua ker.. Dah x pasal2 nak kena masuk ward giler.
Cerita ini patut dikembangkan lagi kot sebab macam tergesa-gesa sangat nak dihabiskan. Jumpa Mak Ngah yang.... Come on... Ni sesi jejak kasih kot. ML bayangkan lagi tragis kot... Tp.. Sebab dah pegang kata2 penulisnya.. Kisah santai yang biasa2 jer..... so ending dia pun biasa-biasa jerlah.
rate :
***
No comments:
Post a Comment