05 June 2019

Marry Me Senorita - Suri Ryana


“Marry me, señorita.” - Isa Alejandro.


Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” - Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” - Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” - Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” - Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” - Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” - Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?


MMS merupakan edisi terkini SR sempena PBKL 2019. Kali ni Suri bawak kita berjalan2  ke Spain pula.Cerita bermula bila pertemuan Sofiy Liea dengan Isa Alejandro. Pertemuan Sofiy Leia dan Isa Alejandro tidak dirancang. Pertemuan secara tidak sengaja msncetuskan perasaan ingin menyelamatkan Sofiy dari bahaya. Isa yang  agak protective dan juga Isa yang ada agenda tersendiri. Lelaki asing, wajah good looking apa kejadah dia buat di pekan kecil tu.. Haa.. Yg ni kena baca... Hujung cerita baru tahu.. Apa yg dia buat kat situ.

Agak dramatik bila Isa kenal siapa itu Tina. Agak cliche.. Tapi x mustahil dengan life style Isa yg macam tu dia boleh kenal Tina. Siapa Tina ni... Alahhh.. X kan nak lena cerita kot. Oklah Tina ni kawan baik si Sofiy. Kawan baik merangkap kawan sekampung, BFF, postmen, partner in crime... Ape lagi? Tapi disebabkan seorang lelaki.. Dia berdendam dengan Sofiy. 



ML rasa.... Ini lah permulaan cerita ini sebenarnya. Mcm mana Sofiy bergelut bila kepercayaan diranap. Isa selaku penyelamat. Walaupun pd asalnya hanya sekadar mengambil kesempatan.. Tp ML yakin.. Takdir yg tertulis(dah nama pun novelkan) Isa dan Sofiy punya sebab utk ditemukan.. Chewahhhhh.. Hebat betol ayat ML. Demi meraih kepercayaan atuk dan nenda nya dan juga demi menyelamatkan pewarisan hartanya Isa menawarkan untuk Sofiy menjadi Isteri. Baru 2 minggu kenal dah kena jadi isteri?Sofiey keliru. Tetapi disebabkan dia termakan budi.  Dia sebatang kara.. Maka tawaran itu diterima. Kedatangan nya ke KL adalah ingin mencari pekerjaan setelah dihalau keluar oleh Mak Long setelah kematian Pak Longnya. Maka, harapan disandarkan kepada Tina, kawan baiknya yg membesar bersama-sama. Namun ini tidak menjadikan tiket untuk Sofiy hidup senang apabila dia dijual oleh Tina kepada tokey kelab malam. Pada Isa menjadi tempat dia meminta tolong.

5 bulan melayari rumahtangga yg bahagia. Ya memang bahagia bila masing2 sedar akan perasaan masing2. Orang kata cinta baru nak berbunga... Sofiy mohon untuk diceraikan.. Dan Isa terpaksa melafazkan cerai demi seorang Idora. Sangka ML.. Isa ni licik. X perlu kot sampai kahwin dengan Rosa demi Idora. Tapi benda tu tetap terjadi.  Tapi kisah perkhawinan antara Isa dan Rosa x ada langsung diceritakan oleh penulis. Hanya bertahan setahun. Bagi ML... Cukup lama... Rosa si penggoda.... X akan berdiam diri sahaja. Dan adakah Isa turut tergoda.. Lelaki.. Oh lelaki.... Dia kata dia kecewa sepanjang 3 tahun Sofiy tinggalkan dia.. Tapi... Boleh pulak bertahan setahun dgn Rosa.

Cerita ok.. Berjalan dengan baik. Namun... Sedikit meleret. ML tertanya juga.. Bilalah cerita ni nak habis... Bkn sebab bosan ya anak2. Ceritanya lebih dari separuh novel.. Conflict nya tak ada. Dan ML sedikit kecewa bila SR seperti tergesa sgt nak habiskan novel ini..  Kisah setelah penceraian Isa dan Sofiy seperti tidak berentak. Macam mana cemburunya seorang Isa. Yg ML kagum.. 3 tahun dapat menjadikan Isa sorang yang cukup matang dan hamba yg soleh. That's what Isa want before this. Dia nak jadi seorang imam utk Sofiy. Patutnya bab2 akhir perlu di panjangkan mengikut kesesuaian tajuk MMS. Tapi.. Tulah.. Tebal sangat pulak novel ni nanti.
Pengajaran yg SR tekankan dlm novel ni adalah tentang bahaya arak. Cuma novel ni agak cliché bila semua org yg buat jahat. Semua dpt balasan masing2... Ala... X kan semudah tu...

Kalau menurut Sofiy.. Isa telah berkhawin dan minah sepanyol celop tu.. Tapi x kan dia x nak tahu apa2 pasal pernikahan mereka... Ok.. X penting...  Tapi... Lama jugak ya kawen.. Sampai setahun.. Hai Isa.. Puasa ke setahun tu...  X percayalah ai...



Apapun 🌟 🌟 🌟 🌟 untuk karya ni.

4 comments:

  1. Salam miss. Boleh saya tau apa ending cerita ini?

    ReplyDelete
  2. wassalam... happy ending .. Isa balik dgn sofiy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suprising....dalam drama sad ending. Mati si sofiy tu...

      Delete
    2. oh ya ke.. ML tak tengok versi drama.. nak tengoklah nanti

      Delete