21 June 2019

The Reason - Rehan Makhtar




Dia… Adalah wanita yang menyayangi diri sendiri biarpun satu dunia tak mahu menghargai. Namun, saat dia mula mencintai; Ammara robek hati sendiri dengan begitu kejam. Dia tertipu dengan cinta fananya. Air mata jatuh tak terseka tetapi lelaki itu pergi begitu saja tanpa menoleh buat kali kedua. Lelah dia mencari sebab tapi akhirnya, dia pujuk hati untuk terima.


“I tak paksa dan I takkan rosakkan masa depan you. But I need at least an answer. Boleh tak you bagi jawapan?” - Ammara


“No!” - Eqram

Sepatah jawapan Eqram telah membunuh jiwanya. Ammara tunduk menyesali salah sendiri. Kerana itu dia bangkit bila hadir seorang puteri bernama Nur Amaris menemani perjalanan begitu sukar bahana beban kesan dosa silam. Namun, setelah lima tahun... Pintu yang selama ini tertutup… Terkuak. Adakah ini juga sebahagian hukuman untuknya?

“Then, patut ke I remind you balik? Perlu ke I bagi tahu you parut pada tubuh you, yang you sendiri mungkin tak tahu…” - Eqram

“Berapa kali nak cakap, bukan saya. Dan tolong tutup mulut awak tu. Jangan cakap kotor dengan saya, Mohd Eqram!” - Ammara

Lelah dia berlari. Puas dia elak. Tapi, takdir terus menguji.

“Saya memang suka awak sejak pertama kali, Ara. Saya sudi jaga awak dan Amaris.” - Eqwan

“Saya tahu awak baik, Eqwan. Tapi, segalanya tak mudah untuk saya…” - Ammara.

Ammara akhirnya menerima pinangan Eqwan kerana dia yakin, dia juga berhak bahagia. Biarpun Ammara tahu, Eqram tidak mahu dia menjadi isteri kepada abang lelaki itu.

“You said no… To me. I betul-betul perlukan you dulu, Eqram. Setidak-tidaknya, you bagi satu sebab kenapa you buat I macam tu…” - Ammara

“I don’t have even a reason back then. I dah cakap dekat you yang I jahil. I yakin you pun sama dengan I. For me, you dig your own grave by choosing me. But now... I have that reason, Ammara. And the reason... Is you...” - Eqram

Pengakuan Eqram telah menghambat mimpi ngeri yang selama ini menghantui Ammara. Dia akan bahagia bersama Eqwan. Dia yakin. Seperti kata Afina… Bahagia itu akan datang tidak lambat dan tidak cepat, tapi pada masa yang tepat. Kerana dia pernah gagal merancang; kali ini, dia hanya serahkan segalanya pada Tuhan yang menentukan. Apa saja ketetapan, sepenuh hati dia akan terima. 




Rasa nak cubit jer budak RM ni. Seperti biasa seorang RM x pernah mengecewakan. Tapi kali ni.. ML rasa nak cari jer RM. Nak cubit jer dia ni...

Apa yg ML suka tentang The Reason.

1. Complete. Mmg RM x pernah lari element mainan perasaan dia. Mungkin pd setengah orang agak berat. Jiwa yg sakit... Tp it ok for me. Mmg nampak mcm RM.

2. Zina, taubat, penghijrahan. Yup... Hanya silap sekali x menjadikan seseorang itu jahat.

Apa yg ML x suka.

1. Byk sgt flashback... Boleh dikatakan sgt berselang seli dgn masa kini. Kdg2 ML terkeliru.. Ni waktu yang mana. Terkini atau flashback.

Hidup seorang Ammara sangat tragis. Dek kerana jatuh cinta pada orang yang salah buat kali kedua. Kali pertama dia boleh bangkit. Tapi episod duka kali kedua telah merubah dari seorang Ammara yang ceria kepada Ammara yang hati beku.

Mula-mula memang keliru sikit bila ML x dapat bezakan.. yang mana satu kisah 5 tahun lepas.. yang mana kisah 5 tahun kini. Dan bila ML dapat tangkap ke mana menghilangnya Afina.... ML tahu.. kehadiran Ammara ke tempat lepak lama itu bukan hanya sekadar melerai rindu pada "si tak guna" tu.. tapi lebih kepada melerai rindu pada si Afina.

Emosi terbawa sama bila tiba-tiba Ammara nampak Afina pada diri Eqwan. Celah mana yang sama ML tak pasti, cuma menjadi seorang Ammara yang beku, sanggup terima henaan demi Amaris... bukan sat benda yang senang. Andai novel ini dijadikan drama... rasanya ia mudah difahami jika nak dibezakan dengan novel.

Karya ini berat. Namun tak menjadi kudis pun bagi kami peminat RM ni.Cuma yang masih ML tak puas hati;

1. kenapa Ammara tegar buang keluarganya. Bagi ML... family Ammara (Mak & Abang Long) amat baik. Tidak pernah pertikai apa sahaja kata Ammara. Ammara hanya dengan Afina.. sedangkan dia masih ada keluarga. Baginya.. hanya Afina sahaja terima dia seadanya.

2. Mana anak Ammara. Kalau tak silap ML, ada dinyatakan pasal perut Ammara yang membulat. tapi... susah ML nak cari kembali muka surat berapa sebab kisah ni flashbacknya berselang seli. Bila Ammara kata Amaris bukan anak dia dan Eqram... tergagau ML nak cari balik muka surat berapa. lastly.. ML biarkan sahaja.

3. Tasha.. hadir dia sebagai watak antagonis... tapi macam x memuncak sangat. katanya kehadiran dia tanpa niat... tipu sangat... ko datang rumah orang kot... rumah mak bapak orang kot....hishk.... x malu... tapi.. kenapa kejap sangat tahap x malu dia tu...

dan bila ceritanya terus dicepatkan dengan perkahwinan mereka berdua... ML setuju, suka jer... namun... satu benda yang ML tak pasti. kenapa masih ada igauan dan mimpi ngeri itu.. sedangkan saban malam dia berada di dalam pelukan lelaki idamannya. hati dah bahagia... kena perlu ada rasa insecure.... ker mungkin RM nak sambung kisah Ammara dan Eqram lagi lepas ni... who knows.

 ðŸŒŸ 🌟  ðŸŒŸ 🌟

1 comment: