Mommy bising dia tak kahwin lagi. Tapi calon-calon yang dia ada mommy tak pernah berkenan. Daddy? Oh, daddy cool aje. Tak pernah komen banyak. Dia? Kalau ada jodoh, adalah. Kalau belum ada, tak payah kelam-kabut sangat nak kahwin.
INSYIRAH IBRAHIM
Hidup Insyirah tenang saja. Makan. Tidur. Belajar. Shopping. Enjoy. Kasih sayang orang di sekeliling mencurah-curah. Baginya itu dah cukup sempurna. Tapi dia mula tersedar satu perkara. Ditinggalkan oleh orang tersayang bermakna dia taklah sempurna seperti yang disangka.
Jai dan Insyirah. Insyirah dan Jai. Bertemu untuk bersatu. Masing-masing tak yakin untuk melalui fasa seterusnya tapi mereka mencuba yang terbaik untuk menjadi yang terbaik. Namun kesetiaan teruji bila cerita lama muncul semula dan satu persatu kisah silam itu menggores hati yang sudah mula mencintai sepenuh hati.
“Valley was my mistake but I don’t think Aiman was yours. Betul?” - Jai
“Aiman adalah cerita lama saya. Dia ada hidup dia sendiri. Saya pun ada hidup saya sendiri. Dan hidup saya adalah awak.” - Insyirah
Tak cukup Valley dan Aiman, mereka diuji lagi dengan kehadiran Melissa dan Dane.
Mampukah Insyirah dan Jai mempertahankan rumah tangga yang masih baru bila nama-nama itu muncul semula?
Edisi special edition dari ER. Mungkin ini edisi zine.. ML x pasti ada x ER mention dgn FB.. Nipis sahaja naskahnya dgn harga rm18. Berbaloi ker... Sgt tidak berbaloi sbb ML rasa cerita ini tergantung.
Kalau baca "mukadimah" nya di belakang cover.. Begitulah ceritanya. X lari langsung. Berakhir dgn persoalan.. Mampukan Insyirah dan Jai mempertahankan rumahtangga yang masih baru? Ya.. Mereka x berjaya. Tapi part epilog tu.. Apa kess... So plz.. ER... Can you continue it.. Tergantung sgt ceritanya.. Jln cerita dah best dah.
Kisah bagaimana si hati yg remuk redam dan parah berjumpa other half secara kebetulan.. Dan menambah kebetulan pula.. Family masing2 berniat nak satukan mereka... Cuma satu yg family x tahu.. Sesi gelap seorang Jai. Yang pastinya family Jai pun x tahu.
Yes.. It all about kejujuran. Prinsip asas sebuah perhubungan. Tapi ML puji makhluk bernama Jai Jilani.
JAI yang berterus terang.
JAI yang sangat cool.
JAI yang lantak-kaulah-ada-aku-kisah.
JAI yang sangat cool.
JAI yang lantak-kaulah-ada-aku-kisah.
Tapi... Bila dengan Insyirah.. Jailah lelaki penyayang. Lelaki yang sanggup buat apa sahaja untuk seorang Insyirah. Lelaki yang terima segala kekurangan Insyirah. Bila Jai jatuhkan ego dia demi kerana sayang.. Padahal.. Boleh aje Jai tolong Melissa tanpa Insyirah tahu cerita sebenar... Tapi dia memilih untuk berterus terang. Macam kata Jai.. Jika dia berterus terang sebelum berkahwin.. Adakah Insyirah akan terima dia.. Dan jawapan itu akan membuatkan dia terus sakit sebelum tiba masanya.
Insyirah bukan x sayang.. Malah seluruh hati dah diserahkan kepada Jai.. Dia tak dpt terima bila Jai rasa x nak ada anak bersamanya sedangkan Jai ada anak dengan orang lain. Lepas tu nak suruh dia jaga. Memang x lah...
Okey.. M/s 105 ada mengatakan Insyirah menginap di hotel sejak 2 hari dari peristiwa "berdarah" itu terjadi. Tapi m/s 94 ada mengatakan sudah 2 minggu Insyirah keluar dari rumah. Mungkin sblm tu Insyirah duduk dgn family dia.. Itu ML agak keliru sedikit.
Dan diselitkan juga 1 cerpen... cerpen ker??? dah lah pendek.. tambah pula satu cerita... tapi ML janji.. saper yang baca cerpen "Kira" tu.. pasti tersenyum.. walaupun pendek.. ML suka
Dan diselitkan juga 1 cerpen... cerpen ker??? dah lah pendek.. tambah pula satu cerita... tapi ML janji.. saper yang baca cerpen "Kira" tu.. pasti tersenyum.. walaupun pendek.. ML suka
Apapun 🌟 🌟 🌟 untuk biarkan pergi.
No comments:
Post a Comment