22 April 2019

Shhh.. Rahsia - T SEA


“Tahukah anda, manusia di sekeliling anda masing-masing menyimpan satu identiti yang lain dari apa yang anda lihat. Dan identiti itu menjadi rahsia sehinggalah ada yang membongkarnya.”

Menjadi penulis popular yang anonnymous tak susah bagi Rosie selagi rahsianya disimpan rapi. Dan menjaga rahsia Rosie pula hanya tugas mudah bagi Iris. Perjalanan hidup kedua-duanya lancar sehinggalah muncul Dani di antara mereka.

Kemunculan Dani memberi impak yang besar pada Iris hingga memaksa gadis itu membuka satu persatu rahsia yang tersimpan selama ini. Namun, siapa yang boleh menyangka semua itu bakal mengubah hidup mereka semuanya. 

Kejutan demi kejutan berlaku dan selepas tu...
Rosie...
penulis fenomena bila novel-novel dia menjadi best seller dan diadaptasi ke layar perak.  Menjadi punca kejatuhan syarikat penerbitan Ilham .dan yang paling penting, menjadi penyebab Iris menjadi mangsa dendam.

Iris,
Gadis kesunyian, dan terbuang


Masa mula-mula ML baca novel ni... ML rasa si Iris ni ada split personality. Serius tau.... bila dia cakap, dia rasa pelik bila orang pandang dia semacam... ML dah agak dah. Tapi, kesian sangat bila dia "tersedar dari lena" Agak parah bila si Rosie dah  tak muncul bila dia sedang berbahagia. Dia rasa kehilangan kerana hidup dia sudah sebati dengan Rosie

ML suka watak Dani. Dani yang......
ehhh.. i like himlah.. walaupun bagi ML, watak dia amat kecil. Ya... memang dia hero dalam cerita ni. tapi watak dia tak adalah watak-wajib-ada. Cuma ML tertanya-tanya juga.. Dani ni bad person juga ke. sebab, dia boleh umah Mamat yang perangai tak semengah tu.

Disebabkan penulisnya dah pesan... sila simpan rahsia... so , ML bagi peluang pada yang belum baca novel ini untuk baca sendiri tanpa perlu ML spoil kan korang.... x adil kan.. hahhahah

Apa yang boleh ML katakan, inilah bahan bacaan ringan yang korang boleh habiskan time korang bosan. walaupun macam ada banyak jer rahsia kan... tapi rahsia tu tak memerlukan kau berfikir banyak pun...


rate : 

****




No comments:

Post a Comment