18 May 2018

Objection - Rehan Makhtar

Objection - Rehan Makhtar


GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan. Aira menangis. Kecewanya dia. Zariq kejam! 

Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini. Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita. 

"Aku hanya sebut nama Zariq. Tapi, aku tak cakap dekat kau dia pelukis. Kau siapa sebenarnya?" - Aira 

"Aku adalah hakim yang akan jatuhkan hukuman pada kau, Aira..." - Zafiq 

Dia sakiti Zariq? Tak! Zariq yang tinggalkan dia. Aira bingung. Atau salah Airin, adiknya? Tapi, kenapa nama dia yang lelaki bengis itu sebut? 

"Oh, jangan risau. Aku tak ambil bekas orang!" - Zafiq 

"Kau boleh kata apa saja. Tapi, kau tak boleh cakap aku ni bekas orang! Sepanjang hidup aku, kau orang pertama pegang kulit aku, tahu tak?" - Aira 

Berkali dia nafi. Tapi, mana mungkin suara si kambing hitam mampu menandingi ngauman singa yang kelaparan? Hukuman tetap dijatuhkan tanpa perbicaraan yang adil. Kebebasan Aira kini dipenjara oleh Zafiq. Aira bertahan kerana dia yakin kebenaran akan muncul nanti. Tapi, kenapa setelah segalanya terbongkar, dia masih perlu menjadi tahanan di sini? 

"Aku orang pertama. Dan, aku mahu jadi yang satu-satunya, Aira. Kau nak terima?"- Zafiq 

"Antara kita, tiada apa lagi yang nak dibicarakan, Zafiq! Awak dah jatuhkan hukuman. Saya dah terimanya. - Aira 

Pada Zafiq pula... Perasannya pada gadis itu sejak awal adalah kenyataan. Dia mahu penjarakan Aira selama-lamanya. Dalam hatinya! Tapi, harus bagaimana dia sembuhkan hati yang telah dia lukai dengan tangan sendiri? Kuatkah dia untuk lepaskan kebencian yang selama ini menguasai demi cinta di hati? 

"Nak order isteri? Boleh?" - Zafiq 

"Hah?" – Aira 

"Errr... Sorry. Maksud abang, nak order makanan kesukaan awak. Lepas tu nak pinang awak. Macam tu, boleh ke?"- Zafiq 

"Banyak cantik muka awak!"- Aira 

Boleh jadi yang mereka benci selama ini adalah yang terbaik dan yang mereka sayangi itu adalah yang buruk. Kerana mereka adalah hamba Tuhan yang tidak pernah mengetahui... akhirnya, Zafiq dan Aira akur tanpa sebarang bantahan.




ya... ML agak lambat dapatkan naskah ini... hanya ketika pbkl tahun ni...dan mengenali seorang penulis RM memang x dapat lari dari sesi sadis karyanya...

sadis sebab memang x lari dr buat pembaca hanyut. oh ML sangat over... over x over suka hati lah kan..

mungkin pd sesetgh org.. karya ini agat berat.. tidak bg ML... sarat pengajaran dan hikmah yg tersebunyi.

Aira dari seorg mangsa buli(walaupun memang dia rela dibuli) berubah jd seorang yg lebih tegas. pengalaman hidup jadikan dia lebih tabah... saat menerima sebuah kenyataan... betapa luluhnya hati. betapa sedihnya hati... sekali ML kutuk diri.. yang gatal baca novel bulan puasa dah kenapa... dah x pasal2 ko sedih sekali..

Seorang yang bernama RM, hasil sentuhannya mustahil tak akan;

1. Bawa pembaca hanyut bersama dia..
2. Pengajaran: bagaimana menerima ketentuan, bagaimana menerima takdir.. bagaimana untuk redha

Novel kali ni buat hati sedih. Rasanya x terlawan suami tak ku hadap. Kali ini... walaupun aira berperang dgn emosi, dia tetap straggle.. that what we need dlm hidup. Belajar menerima ketentuan...

Budi.. walau berkorban sampai mati sekalipun... tetap tak akan berbaloi andai dilampias pd org yg salah. Akan sia -sia sahaja.

Walaupun kisah ini penyudahnya tiba2 sahaja ...tapi sbg pembaca ML amat puas hati... kerana ML rasa.. ianya akan jadi meleret, merapu dan meraban jika diolah lagi.. naskah ini cukup sempurna.

Tahniah RM... walaupun hero kali ini x mampu nak tarik minat ML.. kerana wataknya x menyerlah sangat.. may be sbb watak dia low profile.. tapi ML tetap puas hati kerana garapan ini ML rasakan karya terbaik dr seorng RM... mengatasi seseorang untuk aku... carta rekod ML.
 


Rate: 5/5

No comments:

Post a Comment