29 July 2011

Kucundang Jua

seperti yang dijangka.. Malaysia tewas juga di tangan Singapore dengan agreegat 6-4, walaopun jaringan pada malam tadi adalah 1-1. hem... x perlah, tapi ada beberapa aksi Cemerlang dan "HEBAT" yang berlaku malam tadi.. kita mulakan dengan aksi² "HEBAT"
  1. "HEBAT" giler apabila Singapore menurunkan barisan pemain² yang bakal membintangi dan mewarnai persada seni tanah air. Mereka begitu bijak menunjukkan bakat seni mereka supaya produser² di Malaysia mahu mengambil mereka berlakon. Rupa-rupanya mereka juga mahu menjadi seperti Aaron Aziz dan Adi Putra. Agak² nyer ader x pengarah² kat Malaysia ni berkenan?Rasanya, Keeper ngan player no.3 tu, dah ader orang book kot.
  2. Suker betul melihat aksi Mahali membuat catwalk di atas padang. Nampak seakan malas mengejar bola di awal permainan. Namun, aksinya bertukar ganas apabila sentiasa menolak musuh datang membolosi benteng pertahanan....
  3. Memang hebat player Singapore kerana sentiasa berjaya memecah benteng. Terutamanya player bernombor 11, Qui Lie.. walaupun, badanya agak berisi, tapi lariannya sememangnya pantas.
  4. skuad negara seakan-akan kaget bermain di tempat sendiri... macam malu² kerbau gitu... penonton ramai sangat kot.. tu yang malu tu....
  5. Malaysia perlu lebih mengeksport air ke Singapore... kerana player singapore mmg kekurangan air.. ader jer player diarang tunjuk bakat berlakun, semua pakat kerumun.. bkn gi tgk mamber sakit yg x sakit tu... tapi pakat gi minum air...
  6. Rasanya, nilah perlawanan bola paling pendek aku rasakan.... yg menendang bolanya mcm x sampai 80 minit pun... masing² sibuk nak tunjukkan gaya catwalk saper paling menawan... tapi bagus gak.. at least leh lah kasi player² yg dah nak pencen tu kasi ambek nafas sikit...
CEMERLANG
  1. Apek dah memperolehi enargy nyer.. tu barulah APEK... dia dapat save byk bola.. mcm tulah...
  2. perlu diberi pujian kepada Aidil.. walopun sakit, nak jugak masuk.. huhuhu.. walopun sekejap...
  3. "Libasan berganda" ataupun libasan berirama hasil Amirul Hadi ngan Safee... mmg cunlah.. walopun x menyentuh pun bola... aku tgk dah macam tgk renang berirama lak.. tapi x per... tu dah tunjukkan diarang mamg nak score.. cuma, bola x sampai pada diarang jer
tapi aperpun... kalah menang tu adat bertanding.... cuma rasa agak malu lah bila kalah atas kelalaian sendiri.. aperpun, penyokong Malaysia masih boleh tersenyum kerana kiter berjuang atas nama warganegara Malaysia.. bukannya penduduk tetap Malaysia...

No comments:

Post a Comment