Aready finish watching 321 cinta. Em… menurut produsernya, katanya movie ni berunsur komedi romantic. Tapi bagi aku, ianya hanya berunsur romantic sahaja kerana tidak terdapat unsur-unsur komedi yang boleh menggeletek hati aku. Pada aku lakonan Diana Amir kali ni boleh dikatakan success sbb x der lah Nampak kayu mcm lakonan dia sebelum ini. Aku sebenarnya sama sekali tidak menyangka dia boleh melakonkan watak tom boy. Kisah bermula apabila Sam (Diana Amir) melaporkan diri ke UiTM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Degree. Sebenarnya Sam merupakan seorang yang genius kerana sebelum ini dia ada melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan, law dan juga engineering. Tapi sayangnya, dia tidak sempat menghabiskan pembelajarannya kerana beberapa perkara yang berlaku.
Di UiTM, dia berjumpa kembali rakan semasa di sekolahnya. Rakannya, Fariz (Pierre Andre) a.k.a Ayam merupakan pelajar senior part 8 jurusan kewartawanan. Pada hari pendaftaran juga, Sam ternampak Nazril (Farid Kamil) yang merupakan pelajar glamour yang handsome dan perasan kerana dia sememangnya menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Nazril juga mempunya satu satu trade mark di mana, sekiranya pelajar yang tidak mempunyai rupa menegur atau ingin berkenalan dengan dia, dia akan menyikat rambutnya ke belakang dengan menggunakan tangan serentak dengan menjulingkan bijik matanya. Kedegilan Nazril menyebabkan Sam semakin ingin memikat Nazril. Keobsesan (betol ker ayat ni???) Sam terhadap Nazril bertambah apabila Fariz menunjukkan kepadanya satu fakta bahawa nisbah wanita kepada lelaki adalah 37:1 menjelang 2020. Dan Sam tidak mahu tergolong kepada golongan andartu kerana fakta itu. Bermulalah “kerja giler” yang dilakukan oleh Sam untuk memikat Nazril. Em.. kalo nak komen lakonan Farid Kamil pulak, aku Nampak sesuatu yang berbeza. Apa yang berbeza??? Farid Kamil yang ditonjolkan dalam 321 Cinta ni memang berlainan sekali. Em,,, mungkin dia Berjaya membawa watak Nazril “poyo” tu, ataupun, dia sengaja untuk tidak tonjolkan sangat watak bagi memberikan laluan kepada hero filem ni.. em… bagi hero yang tidak disangka-sangka hero tu pulak, aku tidak berapa berkenan dengan pembawakan watak Fariz a.k.a Ayam oleh Pierra Andre. Sebab??? Di awal cerita, dia bercakap ala-ala rockers gitu.. bila dia dah kecewa dengan Sam (sebab aper dia kecewa… u must see it…) perwatakan dan gaya bercakap dia terus berubah. Tapi aku tidak berapa gemar dengan klimeks dia di mana bila kebenaran terserlah, Sam meluahkan rasa hatinya yang sebenar kepada Fariz. Tapi pada masa tu Fariz dah berubah penampilan. Em.. macamlah selama ini, si Fariz tu berpenampilan selekeh kerana tidak mahu dipikat oleh Junior.. OMG.. hahhaha.. aper² lah….
Tapi aku suka movie ni kerana kita boleh Nampak kelainan antara perigi cari timba dan juga timba mencari perigi…. Hemmm,…. Cantek tu…bukan nya nak galakkan perigi cari timba, tetapi cara dia buat tu.. mmg I like lah.. hehehhe….
No comments:
Post a Comment