Berbalik kepada cerita baby dicampak dari tingkat 5 tu.. aku sedih sekali. Sebagai ibu, aku sedikit sakit hati dengan orang² macam ni… tanggapan aku, bayi yang x berdosa itu, sudah tentu lahir secara x sengaja… tapi dia tetap x berdosa… pengalaman aku yang menunggu hamper 2 tahun untuk menimang zuriat sendiri, agak terasa dengan keadaan ini. Allah menduga pasangan yang inginkan zuriat secara halal, terpaksa menunggu bertahun-tahun malah ader yang berpuluh tahun untuk mendapatkan zuriat, tetapi bagi mereka yang tergoda dengan hasutan
syaitan ini, senang sahaja membuang anak mereka… dah lah senang “lekat”(mengandung), kebanyakkannya x der alahan, senang pulak beranak(kot… sbb main hentam jer kat mane²), anak² pun sihat dan sempurna walopun tanpa menjalani pemeriksaan kandungan bulanan…
Di sini aku nak bagi pendapatlah.. tapi, aku bknnya seorang yang arif mengenai bab-bab ini, jauh lagi orang alim dalam bab-bab agama… tetapi aku sering bincangkan topic ni sama ada semasa di campus dulu(sbb ada topik ttg kekeluargaan & gejala social semasa di tahun 2) . pendapat akulah, benda ni semua terjadi kerana tidak ada “pak sanggup”. Tak kisahlah pak sanggup tersebut bapa kandung ataupun sebaliknya… mmglah kebanyakkan orang ckp, yang haram tetap haram walaupun telah berkhawin, tetapi dengan adanya istilah “pak sanggup” ni aku rasa, boleh mengurangkan gejala pembuangan bayi
Walaupun aku dilahirkan dan dibesarkan di negeri jajahan “bulan” isu keterlanjuran bukanlah sesuatu yang asing di sana. Malah semasa aku di tingkatan 2, ada juga salah sorang rakanku (yang ketika itu tingkatan 3) yang telah ber”eksperiment” tentang bab 1 mata pelajaran Sains ketika itu iaitu seks dan pembiakan…semasa melawat dia melahirkan anak, aku bertanya pd dia, x sakit ker… dengan selamba dia menjawab mana sakit.. anak tu, bkn keluar besar mcm tu…
huhuhu… bila balek rumah, akupun teruslah Tanya pd ibu kesayangan aku, betol ker… lepas tu mak aku marah.. katanya, bertarung nak melahirkan anak ni mcm nak tercabut nyawa… hal tu aku alami sendiri semasa semasa sulung ku. Aku mengalami masalah darah tinggi dan, pintu rahim ku terbuka ketika kandungan berusia 33 minggu tetapi aku tidak mengalami kesakitan…. Tetapi… disaat sikecil mahu menjenguk dunia… mmg sangat..sangat …sangat mahu terputus nyawa kerana masa tu rasa seakan nafas terhenti… aku bersyukur sgt² sbb, Allah mempermudah kan proses melahirkan kerana aku hanya mengalami kesakitan dalam jangka masa yang pendek… alhamdulillah .........semoga, sekiranya dikurniakan rezeki lagi, Allah mengurniakan aku keadaan yang sama…
Sebagai anak pula, aku rasa pengalaman sakit melahirkan merupakan perasaan yang harus ada pada setiap anak. Malang sungguh bagi mereka yang bergelar lelaki kerana tidak mampu mengecapi perasaan ini. Apabila melalui pengalaman ini, rasa kesedaran terhadap kasih sayang ibu dapat aku rasai… sejak dari hari itu, aku x sampai hati nak membantah cakap ibu, apatah lagi untuk berbohong….Aku kekadang teramat takut sekiranya ada tingkahlaku atau tutur kata aku akan menyinggung perasaannya..... Aku mahu jadi anak yang baik… aku tahu derita dia melahirkan… walaupun sekejap(menurut beliau, proses bersalinnya juga x lama) tapi kesakitan, kesabaran dan pengorbanan sepanjang mengandung, melahirkan dan membesarkan aku yang sememangnya agak degil dan k eras kepala tetapi manja ini.. thanks mama.. (hehehhe… dah mcm entry hari ibu lah pulak)
So… back to main topic….. pihak berwajib harus ambil tindakan sewajarnya…. Bagaimana yer…. Bagaimana nak cari ibu dan bapa haram ni???? Kenapa aku panggil ibu bapa haram???sbb diarang yg buat dosa, kenapalah anak yg dapat nama anak haram…sememangnya teramat susah untuk membendung gejala ini sekarang… bila memikirkan kecanggihan teknologi dan kemajuan Negara kita dah membangun ni, risau juga akan keselamatan anak daraku tu.. iyalah.. syaitan dah menyatakan bahawa dia akan menyesatkan semua anak Adam. X kiralah anak siapa pun hatta anak Imam pun ada yang digoda syaitan… dakyah² yahudi yang menyesatkan masuk ke
negera kita tanpa kita sedari…. Ya Allah.. Kau lindungilah kami semua Ya Allah…..
Penguatkuasaan seperti adakan sekolah untuk remaja mengandung diluar nikah bkn satu penyelesaian yang efektif… ramai remaja yang x mahu ke sana….hahha… tetiba muncul idea bodoh aku yg mana mencadangkan bahawa, remaja perlu berkahwin pada usia 18 tahun… hihihi… x boleh dilaksanakan tu.. sbb byk risiko… salah satunya… sbb kesihatan wanita….x pun kalo nak masuk U wajib kawen… kekkeke.. barulah x der mahasiswa dan mahasiswi yang ada masalah social.. hahaha… apelah aku merapu ni… ignore it… aku merapu di tgh hari… sbb perut dah mintak diisi walopun belom 12.30 tgh…
Tapi mcm aku kata, sekiranya ada pak sanggup… pengurangan kadar kes pembuangan bayi boleh dikurangkan… mmglah kita x boleh nak kurangkan kes anak luar nikah… tetapi .. rasanya… dia dapat membendung kes pembuangan bayi.. walopun nanti anak tersebut akan membesarkan tanpa beliaan dan kasih saying ayah..( may be get divorce after delivered ) tapi sekurangnya dia berhak untuk hidup seperti manusia lain…..so pada lelaki² yang telah membunting mana² perempuan…silalah bertanggungjawab… sekiranya rasa cinta itu tiada.. bersabarlah… sekurang²nya, satu nyawa boleh hidup…..bantuan anda amat dihargai kerana.. aku sudah jemu mendengar cerita² kes pembuangan ini.. mcm buang sampah jer ghupenyer
No comments:
Post a Comment