13 November 2013

Awek Pisang Goreng - Syah Shah


 

Okey.. ni karya pertama novelis yang hanya mahu dikenali sebagai Syah Shah. Lelaki okey... memang ada sesetengah orang cakap dia perempuan... tapi.. ML memang tahu, memang confirm dia ni lelaki..Ni blog penulisnya.. si Syah Shah yang senga... jangan marah dik non... Eh??bukan kita sebaya ke??? ML tahu akan kewujudan Syah Shah ni dari my friend from Sarawak iaitu Kak Leen. Kira pengikut "rapat" Syah Shah ni. ML pun ader singgah jugak kat FB dia.. tapi x kerap sangat...


Ikhlasnya, ML x pernah bacapun APG ni kat blog Shah Syah. ML lebih tertarik kepada Si Fawwaz.. siapa Fawwaz???sila terjah blog Syah Shah okey... sebelum tu.. layan dulu


SINOPSISNYER

Subhanallah… indahnya ciptaanMU! Itu kata hati Daus saat si awek yang duduk di gerai pisang goreng berpaling ke arahnya.

 ‘Mak….rasanya Achik dah jumpa calon menantu mak.’

Pertemuan seterusnya selepas itu meyakinkan Daus tentang rasa hatinya. Sebuah Diari yang tertulis ‘Senah punya’ menjadi cagaran untuk Daus mengugut si awek membayar ‘hutang’.

 “Awak tau tak awak tu gila? Tak hingin saya kahwin dengan orang gila macam awak.” – Senah aka Husna.

 Kalau hati dah jatuh suka, apa lagi nak dikata. Dia sanggup buat apa saja walau tuan empunya diri kata dia gila. Sebab, seberapa banyak dia istikharah sekalipun, jawapannya tetap orang yang sama, hanya Senah si awek pisang goreng.

 “Husna sayang...”- Daus aka Firdaus
 “Awak ni laa kan...” - Husna
 “Nak kena panggil sayang baru ada respond rupanya. Ok, noted. Saya skru dalam kepala supaya tak lupa.” - Firdaus

Saat hati Husna sudah lembut, ada pula yang datang ‘mencelah’. Antara percaya dan curiga, hati Daus memilih curiga. Walau tanpa sengketa, jiwanya merusuh tiba-tiba.

“Firdaus...Don’t walk away now. - Husna

Apa akan jadi jika Daus memilih untuk menyepikan diri saat ijab dan kabul sudah semakin hampir? Apa sebenarnya yang terjadi sehingga Daus terfikir untuk menarik diri? Cinta itu anugerah dari DIA. Memilih untuk menghargai bermakna kita menghargai ‘pemberian’ DIA

Okey...okey.. nilah Daus yang diperkatakan oleh oleh orang ramai tu ek???? my word.... WOW... hah ambik kau... besar gedabak aku kasi WOW...

Ikhlas ML katakan.. susah nak mencari tulisan sang lelaki yang betul kena jiwa.Contoh yang sedia ada,  RAM . Tapi RAM penceritaan dia dalam bentuk serius. Shah Syah ni.. ayat dia sempoi jer.. ayat lebih kepada kata-kata  hati.

Jika sesiapa mahukan bahan bacaan santai, bolehlah baca AGP ni... ML senyum jer.. hiihihi... Tapi... maaflah Shah Syah.. Daus tak dapat tandingi sifat2 yang ada pada Fawwaz.. ML lagi suka Fawwaz.. so please.. cepat siapkan My Fawwaz ek...hiihihihi

Rate:4/5

4 comments:

  1. ~ho, fawwaz lagi.haha... dah cakap.Fawwaz fofuler tahun ni. Nak baca~nak baca.tapi takleh sekarang...busy akak ku sayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. citer ni Daus.. Fawwaz lom kuar lagilah dear... dlm blog Syah Shah.. bercinta betol nak tunggu dia update.. sekali dia up cerita Demian lak... frust mak cik

      Delete
  2. Sbb review ni... terus terjah psl Fawwaz dulu pastu baru layan Daus. Fawwaz lg buat hati tak keruan kot. hahahahah...

    ReplyDelete