25 March 2014

MH370


Al-fatihah…

Dah lama ML cuba cari kekuatan untuk menulis pasal isu ni. Tapi, ML tak berani. Ml tak ada kekuatan nak meluahkan kata-kata. Tapi... sekarang...  Hemm.. akhirnya, selepas 17 hari, PM mengumumkan MH370 berakhir perjalanannya (berkemungkinan terhempas) di perairan Lautan Hindi.

  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

04 March 2014

03.03.2014




03.03.2014

Dialah sahabat, dialah sang isteri
Dialah si ibunda, dia juga si anak,
Hadirnya penuh rahmat
Perginya penuh hikmat

Hati si dia yang harus redha
Hati sang ibu terpalit duka
Hati sang anak yang galau nestapa.

Pergi mu, bersama sang bidadari syurga
Pergi bersama raut ceria.
Pergi kepada Sang Pencipta

Selamat jalan duhai sahabat
Moga perjalananmu dipermudahkan
Kami iringi dengan doa
Moga bersua lagi di sana.



Al-Fatihah kepada kak Suhana Fadlisha. Moga tenang di sana dan ditempatkan di kalangan org2 yg soleh. Amin....