25 March 2014

MH370


Al-fatihah…

Dah lama ML cuba cari kekuatan untuk menulis pasal isu ni. Tapi, ML tak berani. Ml tak ada kekuatan nak meluahkan kata-kata. Tapi... sekarang...  Hemm.. akhirnya, selepas 17 hari, PM mengumumkan MH370 berakhir perjalanannya (berkemungkinan terhempas) di perairan Lautan Hindi.

  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ


Hem.. berakhirnya pernantian, bermulalah episode baru. Sepanjang 17 belas hari (08.03.2014 hingga 24.03.2014), kita banyak dengar pelbagai pendapat daripada yang pakar, teori dan spekulasi daripada keyboard warrior dan kata-kata semangat dan doa yang tak putus-putus dari seluruh isi dunia. 

Memang, ada sahaja yang suka menangguk di air yang keruh. Ada sahaja yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan. Namun, sebagai manusia, sebagai hambaNya yang kerdil, kita harus redha dengan setiap ketentuan. Semua terjadi bersebab dan Allah tak akan menduga hambaNya dengan ujian yang tidak termampu ditanggung oleh mereka ini, insan-insan terpilih.

Kepada keluarga MAS dan juga penumpang, harapan masih ada. Selagi tidak berjumpa bangkai pesawat, mereka masih tetap berharap. Bukan sekadar menanti sebuah keajaiban, namun menanti untuk dijadikan tanda sebuah pemergian yang abadi.

Pemergian mereka dalam keadaan mengejut memang sukar diterima. Namun, siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan Ilahi. Kadang-kadang percaturan yang ditetapkan sememangnya tak akan pernah terjangkau dek pengetahuan manusia.

Berdoalah. Teruskan berdoa. Moga Allah permudahkan jalan pencarian. Allah lapangkan dada semua ahli keluarga. Allah beri petunjuk terus kepada MH370 agar urusan-urusan boleh terus disempurnakan.

Hentikan tomahan. Hentikanlah kritikan. Dugaan begini mengajar kita untuk terus bersatu. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ini. Mungkin ianya pencetus kepada sesuatu yang lebih besar. Mungkin akan menguatkan semangat kekitaan di nusantara. Mungkin jugak kemungkinan yang memungkinkan.


Mati itu  pasti. Hidup, insya-allah. 


Dear MH370, 
Where ever U go, what ever U do, Plz come back.
Kami menanti, walau bagaimana sekalipun zahirmu, kami setia menanti.

Al-Fatihah




3 comments: