20 May 2016

Lelaki Pilihan Terakhir - Hani Fazuha

Lelaki Pilihan Terakhir - Hani Fazuha


Cinta buat Airis Safiya satu kepastian, bukan kepalsuan. Tapi, kenapa Aakif Hudzairi tak pernah mahu faham? Kenapa Adif Hakimi tak pernah mahu mengerti? Dan kenapa Farid Adam juga tidak mahu menerima kenyataan?

Bukankah jodoh itu rahsia DIA? Ada dalam setiap lipatan takdir manusia. Tapi kenapa mahu bersengketa sesama sendiri hanya kerana tiada jodoh yang tertulis antara mereka?

Hud yang beku. Adif yang gentlemant dan Farid yang suka bertindak di luar jangkaan. Ada ikatan persaudaraan sesama mereka dan kebetulannya, mereka suka wanita yang sama.

“She’s mine.”
“Aku peduli apa.”
Mata bertentang mata. Ada api yang marak membara.
“Touch her and I’ll kill you.” Nada biasa-biasa tapi ayat amaran yang diberikan lelaki itu cukup berbisa.

Kerana seorang Airis Safiya, semuanya berantakan. Pertalian darah bukan lagi satu keutamaan. Yang penting cinta di hati harus menang.

“Abah serahkan Airis pada kamu. Satu-satunya harta dunia yang abah ada. Selepas ini, tanggungjawab sudah tergalas di bahu kamu dan abah harap kamu ambil anak abah untuk letak di hati, bukan sebagai alas kaki.” Pesanan abah untuk sang suami buat air mataku tumpah lagi.
Kenapa aku rasakan abah bagai sedang menyampaikan sesuatu yang mungkin akan terjadi dalam hidupku?

Siapakah lelaki yang menjadi pilihan terakhir bagi menggalas tanggungjawab mengambil Airis untuk diletakkan dalam hati?


Hemmmmmmm......

Seperti biasa.... Kalo dah namanya Hani Fazuha... Mmg manis bergulalah heronya. Walaupun kelat2 masam mulanya.



ML tetap dengan pendirian masam memula follow novel ni. Pilihan ML mmg Adiff... Dan sampai sudah ML tetap pilih Adiff. Dengan cerita Akan Ada LPT2... Kitas lihat pula sisi seorg Adiff



AMARAN KERAS: TIDAK SESUAI UNTUK BACAAN YANG BELUM BERKAHWIN YA!SO JANGAN GATAL-GATAL NAK BACA.

Rate: 4


No comments:

Post a Comment