22 October 2017

TITIAN CINTA -RIDHYA IMAN

TITIAN CINTA - RIDHYA IMAN

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?


11 October 2017

Aku Sanggup - Hani Fazuha



Hidup ini ujian. Dan ujian paling hebat buat Adiya adalah ketika kehilangan suami di hari pertama bergelar isteri. Dia reda. Tapi, munculnya Ziyaad dengan tiba-tiba, buat redanya hanyut. 


Bagaimanakah dia boleh lupakan Akif jika Ziyaad sering buatkan dia teringatkan bekas suaminya itu? Ziyaad itu bekas adik iparnya, yang muncul dengan bayangan penuh kebencian. Yang menuduh dia sebagai pembunuh dan kaki kikis. Tapi bila sekali lagi dia dihadapkan dengan ujian, Ziyaad tiba-tiba menghulur tangan. 

“Persoalannya, kenapa Encik Ziyaad tiba-tiba nak kahwin dengan I sedangkan selama ini encik sangat bencikan I?”
"I tawarkan diri tanpa syarat, Adiya. Dan you kena percaya, peluang yang baik kadangkalanya akan datang dalam bentuk yang tak baik." 

Apakah benar perkahwinan mereka adalah peluang yang baik didatangkan dalam bentuk yang tak baik? Atau mungkinkah ini ujian berganda buat Adiya? 

“I yang peluk you tapi nama dia yang you sebut.” Berbisa ayat Ziyaad bagai racun masuk ke hati Adiya. 

Akan tergantikah cinta di hati Adiya untuk lelaki bergelar suami sedangkan dia melihat Ziyaad itu sebagai ancaman yang menakutkan?