22 October 2017

TITIAN CINTA -RIDHYA IMAN

TITIAN CINTA - RIDHYA IMAN

Dulu, dia pernah dihalau bagai kucing kurap oleh suami sendiri. Kini, setelah empat tahun membawa diri di bumi asing, ‘Aisy pulang dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Namun, tatkala bertemu, lain pula yang terjadi.

“Tak baik seorang isteri menipu suaminya sendiri. Berdosa..” – Harris

“Minta maaf Encik Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa.” – ‘Aisy

“Dan untuk pengetahuan Puan Rahadatul ‘Aisy Hilmi, talak berada di tangan suami. Seingat akal abang yang masih waras ini, abang tak pernah ceraikan ‘Aisy.” – Harris

Kepulangan ‘Aisy memang dinanti Harris. Dia ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

“Saya tak cukup baik nak maafkan awak, Harris. Kembali hidup dengan awak, that's the last thing I will do.” – Aisy

Pun begitu, kesungguhan dan kesabaran Harris meladeni setiap onar yang sengaja diciptanya membuatkan tekad ‘Aisy semakin goyah. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan ‘Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati ‘Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?




TITIAN CINTA VERSI NOVEL VS DRAMA

Honestly.. dulu ML tak pandangpun TC ni... sebab.. ML mmg kurangkan jenis2 novel spesis bergula gitu... tapi .. disebabkan versi drama tu, ML gagah terjah blog RI... dan tak puas hati tu wujud. Nak x nak.. kena juga mencari naskah TC

okey... ML lebih suka versi drama. Bukan sebab si ZA tu ya... sebab.. jalan ceritanya lebih realistik. Ya, ML akui... jalan ceritanya lebih teratur jika nak dibandingkan versi novel kerana penulis menggunakan kaedah flashback. 

Cuma Aisy versi novel x adalah jenis melayan mcm versi drama...

kekuatan drama mungkin sebab si ZA tu... tapi kalau ikutkan novel... maaf.. ML x suka Haris.... Haris dan Aisy pula... terlampau baik... sekejap jer dia maafkan si Haris walaupun pedih dan sakit. it's means.. kalau masa memula dia gi sambung belajar dan terus pujuk pun..x jadi hal kot...

cuma yang ML terlepas pandang... macam mana Haris boleh percaya pada Aisy... iyalah.. dia tengah marah kot pasal gambar tu... dan jangka masa Aisy kena halau dan Aisy pergi oversea tu, kejap sgt..kita sedia maklumlah masa tu Haris memang baran giler kan... mcm mana dia boleh selidik balik pasal kebenaran tu... apa yg meragukan dia...

Rate: 3 bintang

1 comment:

  1. salam singgah dan follow. :)

    Anda dijemput join GA saya!

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete