“YA! Zara curang.” Pengakuan si isteri buat Harraz terkaku. Kenapa Zara sanggup lakukan ini? Bukankah rumah tangga mereka sedang bahagia? Apa lebihnya Zill berbanding dirinya?
Jawapan pada persoalan itu hanya ada pada Zara. Tapi apabila Zara memilih untuk membisu, apa pilihan yang Harraz ada?
“I tak akan ‘lepaskan’ you. Tapi I tak mahu you muncul depan I.” – Harraz
“Aku bukan mahu jadi perosak, Zara. Tapi, aku tak sanggup tengok kau menderita.” – Zill
Dulu....Harraz dan Zill, dua sahabat yang sangat mencintai Zara tapi, mereka tetap kekal sebagai sahabat walau Zara memilih Harraz. Kini... dua sahabat bagai bermusuh. Dan kali ini Zara tidak memilih sesiapa.
Sekian lama terpisah, mereka ditemukan kembali dengan kebetulan yang menyakitkan. Zara perlukan duit dan Harraz hulurkan bantuan bersyarat.
“One night stand with me, duit 100k tu akan jadi milik you.” – Harraz.
Apakah itu nilai seorang Zara di mata Harraz? Kalau ikutkan, Zill mampu bayar lebih jika Zara mahu. Tapi masalahnya, Zara tidak mahu membuat pilihan. Dan Zara juga tidak mahu berterus terang.
Kisah silam yang menyakitkan itu, apakah ianya benar-benar berlaku? Antara Harraz dan Zill, siapa sebenarnya yang lebih layak untuk menggenggam hati Zara?
Naskah LE karya Hani Fazuha. Emmm.. kalau perasan.. kak Hani ni banyak keluarkan novel LE. tapi ML percaya ada sebabnya karya ini dijadikan LE. dan satu lagi kelebihan kak hani, ayat digunakan adalah santai. betol.. x perlu nak guna perkataan yg hebat² sampai kena selak kamus pun utk jadikan novel tu bagus.
Honestly, bacaan TIDAK SESUAI UNTUK 25 KE BAWAH. kenapa? belum masa nak fefiling ader laki sweet muweet ya darling² sekelian... kena ingat.. hidup kita ni dikelilingi setan² berkeliaran.. ML takut korang cepat terpengaruh dan sibuk dan dapat laki mcm Harraz sampai lupa pelajaran bagai... hahahha... (bongok betul ML).
Okey... pada hemat ML Zara ni kurang cerdik sikit. kalau sayangkan laki sekalipun... jangan sampai x pikir sepuluh kali... dalam perkahwinan... sila pikir banyak kali ya anak² dalam buat apa sahaja keputusan. dan sila rendahkan ego anda.. bukan hanya Harraz yang ego.. Zara pun Ego melangit. bak kata Zill... jangan sebab x nak jadi isteri Zill, Zara sanggup korbankan Adam.. ya... memang tupun hakikatnyapun...
Zill x paksa... dan memang x bolehpun sebab Zara still isteri orang.. x salah dan bukan beban pun untuk dia mintak pertolongan dengan Zill.. bukan Zill mintak benda bukan² pun. Dan Harraz.. hemmm... suka menghukum tanpa menyiasat. Juita pulak.. bagi ML.. ko perempuan yang tak tahu malu.
Hamboi.. emotional nampaknyer ML ni...
4/5
No comments:
Post a Comment