Filem: Libas
Pelakon: Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Biego,
Genre: Komedi, Aksi
Sinopsis:
Adnan Saladin seorang pakar Libasan
dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas
Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan
terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku
mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan
libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia
tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan
rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana
kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan
Saladin dengan anaknya, Ratna.