30 October 2011

Libas





Filem: Libas
Pelakon: Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan Raja Lawak, Biego,
Genre: Komedi, Aksi
Sinopsis:
Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.
Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti... Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya...

Source: http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Libas_899

lepas aku tgk ni.. aku rasa.. diarang ni (penerbit ) memang berani... risau jugak sebab mereka gunakan nama asal negara.. iyalah kan... takut jugak ada manusia yang berhati "hitam dan busuk" yang jadikan benda ni semua satu isu.. hahha...  aper² pun.. boleh lah tgk... cuba ader beberapa kekeliruan la...

1. naper match tu dibuat underground... mcm mane nak perkenalkan kat generasi baru kalo buat undergroud... mcm muzik undergroud... kalo dia x masuk ke pasaran biasa.. ramai yang x kenal mereka.. tapi sure ada sebab tertentu yang penerbit tu .. aku ni jarang membaca sikit...sorry...ampun....

2. peraturan perlawanan macam x ketat.. memula team raja libas, main 2 orang jer... boleh lak main 2 orang.. then bila biego cedera.. raja libas sendiri lak yang masuk main.. pas tu.. bila kumok lak sakit, leh lagi ganti2 macam tu...

3. apapun, 3 bintang....

p/s: sapelah aku nak komen lebih2

No comments:

Post a Comment