19 October 2011

TV3 KIDS PARADE & CAKE DAY

Bersempana Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut pada  bulan Oktober, Sabtu ni ader acara best kat Seri Pentas iaitu TV3 Kids Parade & Cake Day. acara ni dah 3 kali dijalankan... macam best jer.. more info boleh baca kat sini .

Program : TV3 KIDS PARADE & CAKE DAY
Tarikh : 22 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30pagi – 12.00tengahari
Tempat : Perkarangan Sri Pentas
Bandar Utama, Petaling Jaya


lagi berita.

Persahabatan jadi tema sambutan

Oleh Norhadiani Baharom
yanie@hmetro.com.my

SEMPENA Sambutan Hari Kanak-kanak dan ulang tahun TV3 yang ke-26, Kids Parade & Cake Day kembali dianjurkan buat tahun kedua.
Bertemakan ‘Persahabatan’ dan seiring dengan konsep 1Malaysia, program ini menjadi landasan penonton daripada semua lapisan umur dan masyarakat untuk sama-sama beriadah sekeluarga sambil berhibur.
Bermula seawal jam 8 pagi hingga 6 petang, program usaha sama TV3 dan TV9 dengan sokongan Kementerian Pelajaran itu dilangsungkan di perkarangan Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Damansara, Ahad lalu.

Pelbagai aktiviti menarik ditampilkan dan paling menyeronokkan tentulah Pertandingan Menghias Kek yang menyaksikan sentuhan kreatif peserta.



Syahrul Azlan Bin Shahar, 34, muncul juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM800 manakala tempat kedua pula disandang juara tahun lalu, Zam Akmal Abd Halim, 24, dengan wang RM500 diikuti Azlin Roslan, 32, pemenang tempat ketiga (RM300).

Sementara itu, kategori Mohd Adika Abdullah, 33, pula menjadi peserta pilihan juri dan layak menerima wang tunai RM200.

Penyampaian hadiah disempurnakan Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV9, Sherina Nordin dan Pengurus Pemasaran dan Promosi TV3 dan TV9, Hayati Sulaiman.

Pengarah Projek Kids Parade, Azri Badri, berkata, pada tahun ini mereka menerima lebih 100 penyertaan dari pelayar yang berdaftar dalam laman web TV3.

“Dari segi penyertaan, ternyata tahun ini mengalami peningkatan yang sangat baik dan memberangsangkan. Misalnya, untuk Pertandingan Menghias Kek jumlah yang berdaftar lebih daripada 100 orang. Bagaimanapun, kami hanya dapat memilih 30 orang untuk menyertai pertandingan ini,” katanya.

Tidak terbatas pada Pertandingan Menghias Kek saja, acara berkenaan turut diisi dengan perarakan kanak-kanak ‘Kids Parade’ di mana kontinjen yang terbabit terdiri daripada pasukan beragam, sekolah, rumah anak yatim dan ahli kelab program kanak-kanak.

Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi muncul pasukan terbaik sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000. Tempat kedua disandang Sekolah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya (RM2,000) manakala tempat ketiga (RM,1000) dimenangi Sekolah Kebangsaan (J) Cina Lick Hung, Subang.

Kemenangan setiap pasukan dinilai berdasarkan rekaan kostum yang menarik, kreativiti dan persembahan keseluruhan.

Pertandingan itu turut disertai, peserta dari SMK Victoria Kuala Lumpur; Media Prima Kids; Tabika Kemas, Petaling Jaya; Young Thinkers; Mutiara Damansara, SK Bukit Rahman Putra, Sg Buloh; SK Seri Selangor, Subang Jaya; SK Puncak Alam Selangor; SK Shah Alam Selangor serta SK USJ 12, Subang Jaya.

Tidak ketinggalan SK Bandar Sri Damansara 1; SK Seri Bintang Utara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh; SK Pandan Indah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Rumah Nur Hikmah, Kajang, Selangor; Kids Scuba, Putra Heights, Subang Jaya; SMK Tinggi Klang, Selangor dan Motorcade (TV3 Kids, School Attack, MyTV3, K9).

Tema ‘Persahabatan’ diketengahkan bagi memupuk semangat muhibah tanpa mengira bangsa dan agama dikalangan semua terbabit seiring konsep 1Malaysia.

“Kanak-kanak mungkin tidak begitu faham akan mesej dibawakan kerajaan mengenai 1Malaysia kerana mereka terlalu muda untuk memahaminya. Namun dalam acara berpasukan, mereka tahu betapa pentingnya semangat kerjasama dan persahabatan itu dipupuk bagi memastikan kumpulan mereka tana mengira kaum.

“Pelaksanaan program seperti inilah yang kami lihat sebagai permulaan yang dapat membantu memupuk semangat 1Malaysia,” katanya.

Para pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti dan persembahan serta berpeluang memenangi pelbagai cenderamata dan permainan eksklusif.

Antara aktiviti yang diadakan di TV3 Kids Parade ini ialah sesi beramah mesra bersama karakter kartun seperti Upin & Ipin, Bakugan dan Armor Hero, persembahan brass band, pertunjukan silap mata oleh Amar, persembahan teater kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam, melukis kaca, bengkel mewarna, sudut bacaan dan Movie Magic.

TV3 Kids Parade kedua ini dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, diiringi Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad dan Datuk Seri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad.

Di samping berhibur, pengunjung juga turut dialu-alukan untuk menyumbangkan buku sempena Kempen Membaca di Sudut Membaca ‘Reading Room’. Buku yang disumbangkan akan diedar ke sekolah-sekolah, rumah-rumah anak yatim dan perpustakaan yang terpilih.

Antara aktiviti yang disediakan ialah aktiviti ‘Mari Bercerita’ oleh Shadiya dan Bengkel Mewarna Abang Uneh.

Perjalanan program berkenaan tambah berseri dengan kemunculan artis terkenal tanah air yang membuat lelongan kek.

Mereka adalah Ahmad Fedtri Yahya, Sharifah Shahira, Wan Sharmila, Fizz Fairuz, Dynas Mokhtar, Zain Saidin dan pelakon cilik dan Mya Sara Nasuha. Hasil lelongan akan disalurkan ke Tabung TV3 Bersamamu.

Bagi menghangatkan lagi suasana, TV3 Kids Parade dan Cake Day diakhiri dengan sebuah konsert mini sebelah petang dengan menampilkan band indie antaranya Kumpulan Angelica, Joanna & Co dan Funky Girls.

No comments:

Post a Comment