sekarang ni, ramai betol orang mendirikan masjid... boleh dikatakan hampir setiap minggu ada jemputan kawen.. maklumlah... cuti sekolah.... ketika inilah senang hendak mengumpulkan saudara mara... x derlah alasan... x boleh cuti...anak skolah....namun ramai jugak yang menjadikan waktu perayaan seperti bulan syawal untuk mendirikan mahligai idaman....semoga perkahwinan yang dibina tidak kira berlandaskan cinta ataupun mengikut kehendak orang tua, moga dirahmati, berkekalan hingga hujung nyawa dan dilimpahi rahmat dan kebahagiaan berpanjangam.. amin...
normal lah sekiranya rumahtangga bergelora... Allah memberikan ujian yang setimpal dengan kemampuan hamba-Nya untuk menanggung ujian tersebut.. Pasang surut sesebuah rumahtangga bergantung kepada kebijaksanaan penghudinya dalam mengemudikan bahtera mereka. kalo senget, maka sengetlah kapal mereka. kenapa orang dulu-dulu jarang yang bercerai???bkn x der.. ader tetapi sangat JARANG. adakah kerana mereka bijak menanangi masalah rumahtangga??? ataupun mereka hanya bersikap membabi buta hingga menyerahkan bulat-bulat kepada nasib dan takdir??? my parent berkahwin atas pilihan keluarga... alhamdulilalh , usia perkahwinan meraka sudah lebih 30 tahun... bukannya tidak pernah dilanda badai.. malah mereka sering berperang mulut. tapi itu mungkin pengikat hubungan mereka. bila mereka berjauhan, boleh dilihat sejauh mana kerinduan masing². kadang-kadang istilah kucing ngan anjing tu, memang x sesuai dengan mereka... nak buat perumpamaan aper ek????
aku pernah buat satu artikel dalam blog lama.... berkaitan kunikahinya kerana apa.???.. adakah kerana rupa parasnya. kerana hartanya ataupun kerana agamanya. dalam Islam sendiri, ada menyatakan, pilihlah jodohmu yang mempunyai ketiga² element ini....tapi kita harus faham... cantik misalnya... yang semua orang tahu sesuatu yang subjektif... dengan alasan itu, kita selalu merasa pelik sekiranya rakan kita menyatakan seseorang itu cantik padahal pada pandangan kita, dia seorang yang biasa-biasa sahaja. Cantik di mata kita tidak semestinya cantik di mata orang lain. begitu juga dengan harta.. harta ini tidak bersifat material sahaja. harta yang paling bernilai ialah keperibadian yang tinggi. tapi jangalah disebakan seseorang itu berbudi pekerti tetapi malas bekerja dijadikan calon suami.
dalam masyarakat melayu, ramai mengamalkan tradisi bertunang. kalau zaman dahulu, bertunanglah tempoh untuk mengenal hati budi pasangan. namun berbeza dengan zaman serba canggih ini. pergaulan yang agak bebas menyebabkan di kalangan kita lebih mengenali "luaran" pasangan masing². orang zaman dahulu berkahwin atas pilihan keluarga.... zaman bertunanglah baru nak kenal apa kegemaran pasangan kerana zaman dahulu, si gaadis lebih banyak menghabiskan masa dirumah. Gadis zaman sekarang, kebanyakannya lebih aktif dengan berada di kolej mahupun universiti. termpoh mengulang kaji ataupun menjalankan aktiviti seharian cukup untuk mengenali hati pasangan.
namun begitu, usahlah mentafsirkan perkenalan yang lama menjamin pengetahuan yang cukup mengenal hati budi masing². tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan pertama perkahwinan merupakan tempoh menyesuaikan diri dengan pasangan. pada ketika inilah barulah boleh menilai sejauh mana pasangan anda. pada masa inilah baru tahu si suami tidur berdengkur, suka kentut merata, suka campak baju merata-rata, si isteri queen control dan sebagainya. padahal, semasa awal perkenalan, semua benda itu tidak ditunjukkan.. kenapa???? adakah ramai yang bersikap hipokrit????
ini pendapat akulah, menjaga adab merupakan satu nilai moral yang tinggi. kita memang terdidik dengan sifat-sifat murni seperti menjaga tingkah laku dan bersopan santun... rasanya memang bukan dibuat2 untuk mengenakan pakaian yang elok... cuma terdapat beberapa kretiria yang tidak diajar seperti make up over sampai 4 lapis, berpakaian menjolok mata dan sebagainya.... kita tinggalkan persoalan etika ini kerana kalo nak bincang pasal tatasusila ni, 4 hari 4 malam pun x habis.
berbalik kepada perkara pokok...eh.. ni pokok ker dah daun ni...??? perkahwinan merupakan satu fasa perubahan dalam diri setiap individu yang melaluinya. ketika inilah, kita belajar menerima kelebihan dan kekurangan pasangan kita. Di saat ini juga, kita mula menyesuaikan diri. ada sesetengah pasangan dapat menerima dan menyesuaikan diri dalam masa yang singkat, namun ramai juga yang masih cuba menyesuaikan diri hingga setahun lamanya. Menyesuaikan diri di sini adalah cuba adapt diri dalam keluarga pasangan dan juga hidup pasangan. apabila berkahwin, kita bkn sahaja berkahwin dengan pasangan tetapi juga dengan keluarga mereka. harus memahami, menghormati dan menerima walau apa jua bentuk keluarga, dan kelemahan mereka dengan terbuka. pada peringkat inilah mungkin akan tiba anasir-anasir yang cuba mengganggu gugut diri kita....
cuma harus diingat, jangan sesekali mengcemuh atau melahirkan ketidakpuasan hati kita mengenai keluarga pasangan kepada mereka. itu mencari nahas namanya dan akhirnya berlaku pergaduhan. bercakap mengenai pergaduhan kecil , sering kali terjadi pada permulaan tempoh penyesuaian diri. perkara itu normal dan berlaku hampir semua pasangan kecualilah pasangan tersebut memang jenis yang tidak kisah. aku sendiri juga mengambil tempoh yang agak panjang dalam menyesuaikan diri dengan keluarga mertua. perbezaan antara budaya negeri, masakan dan tatasusila memberi kesan jugalah di awal perkhawinan...namun alhamdulillah... sekiranya nawaitu kita betol dan kita ikhlas dalam apa2 hal juga, insya-allah, allah akan mempermudahkan urusan kita.
zaman sekarang ramai betol pasangan yang kenal dalam 2-3 bulab dan terus berkahwin... alhamdulillah.. sekurang2nya, allah menyelamatkan mereka dari godaan syaitan.... tetapi bagi pasangan sebegini, mereka haruslah bersabar dengan fasa penyesuaian.....akhir kata, bukan hanya untuk pengantin baru sahaja, bakal pengantin dan juga peringatan kepada diriku ini sendiri, sentiasa sabar dan redha dengan dugaan berumahtangga, menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing seadanya dan yang penting sentiasalah berserah kepadaNya....
orang kata, cinta itu ibarat bunga, dibaja, disirim,.... akan segar mewangilah bunga itu.... itulah cinta... tetapi, harus diingat, memperolehi cinta itu senang.... tetapi mengekalkannya adalah teramat susah... kita x pasti baja yang kita guna itu sesuai ker tidak dengan bungan kita... air yang disiram, cukup ker melebih-lebih... kang mati lak bunga tu... dan yang paling bahaya, serangan ulat mahupun serangga-serangga lain. kita x tahu, kehadiran mereka hanya sekadar menompang lalu, atau sememangnya berniat untuk merosakkan tanaman kita.....
cinta itu indah... andai diwarnai dengan bunga-bunga yang sentiasa kembang mekar... cinta itu asyik, andai sentiasa dibajai asmara, cinta itu utuh... andai paksi dan akarnya kuat di dasar bumi.... dan andai takdir menyatakan lelaki itu diciptakan untuk wanita itu... insya-allah... jodoh pasti berpanjangan..... seandainya jodoh hanya sementara, jangan risau, Allah telah menjanjikan hanya yang terbaik untuk hambanya..
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUA....
P.S: layan lagu ni best.....
ini pendapat akulah, menjaga adab merupakan satu nilai moral yang tinggi. kita memang terdidik dengan sifat-sifat murni seperti menjaga tingkah laku dan bersopan santun... rasanya memang bukan dibuat2 untuk mengenakan pakaian yang elok... cuma terdapat beberapa kretiria yang tidak diajar seperti make up over sampai 4 lapis, berpakaian menjolok mata dan sebagainya.... kita tinggalkan persoalan etika ini kerana kalo nak bincang pasal tatasusila ni, 4 hari 4 malam pun x habis.
berbalik kepada perkara pokok...
cuma harus diingat, jangan sesekali mengcemuh atau melahirkan ketidakpuasan hati kita mengenai keluarga pasangan kepada mereka. itu mencari nahas namanya dan akhirnya berlaku pergaduhan. bercakap mengenai pergaduhan kecil , sering kali terjadi pada permulaan tempoh penyesuaian diri. perkara itu normal dan berlaku hampir semua pasangan kecualilah pasangan tersebut memang jenis yang tidak kisah. aku sendiri juga mengambil tempoh yang agak panjang dalam menyesuaikan diri dengan keluarga mertua. perbezaan antara budaya negeri, masakan dan tatasusila memberi kesan jugalah di awal perkhawinan...namun alhamdulillah... sekiranya nawaitu kita betol dan kita ikhlas dalam apa2 hal juga, insya-allah, allah akan mempermudahkan urusan kita.
zaman sekarang ramai betol pasangan yang kenal dalam 2-3 bulab dan terus berkahwin... alhamdulillah.. sekurang2nya, allah menyelamatkan mereka dari godaan syaitan.... tetapi bagi pasangan sebegini, mereka haruslah bersabar dengan fasa penyesuaian.....akhir kata, bukan hanya untuk pengantin baru sahaja, bakal pengantin dan juga peringatan kepada diriku ini sendiri, sentiasa sabar dan redha dengan dugaan berumahtangga, menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing seadanya dan yang penting sentiasalah berserah kepadaNya....
orang kata, cinta itu ibarat bunga, dibaja, disirim,.... akan segar mewangilah bunga itu.... itulah cinta... tetapi, harus diingat, memperolehi cinta itu senang.... tetapi mengekalkannya adalah teramat susah... kita x pasti baja yang kita guna itu sesuai ker tidak dengan bungan kita... air yang disiram, cukup ker melebih-lebih... kang mati lak bunga tu... dan yang paling bahaya, serangan ulat mahupun serangga-serangga lain. kita x tahu, kehadiran mereka hanya sekadar menompang lalu, atau sememangnya berniat untuk merosakkan tanaman kita.....
cinta itu indah... andai diwarnai dengan bunga-bunga yang sentiasa kembang mekar... cinta itu asyik, andai sentiasa dibajai asmara, cinta itu utuh... andai paksi dan akarnya kuat di dasar bumi.... dan andai takdir menyatakan lelaki itu diciptakan untuk wanita itu... insya-allah... jodoh pasti berpanjangan..... seandainya jodoh hanya sementara, jangan risau, Allah telah menjanjikan hanya yang terbaik untuk hambanya..
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUA....
P.S: layan lagu ni best.....
No comments:
Post a Comment