08 December 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidamatan Awam (SSBPA)

hemm.. ari ni pakat² duk kecoh pasal pekeliling untuk SSBPA dah kuar kat website JPA.... tgk kat website JPA, x der lak nampak...dengar citer melalui rakan² yang sibuk menggodek pakcik google... diarang terjumpalah beberapa blog yang citer pasal benda ni. rasanya, dia ni keje kat bhg. penjawatan kat JPA. apa² pun terima kasih bebanyak kat tuan empunya blog atas kesudian meng"share" pekeliling yang pada hemat saya masih belum lengkap sepenuhnya kerana ada beberapa term yang tertinggal... malu nak cakap carik tangga gaji sebenarnya. 


actually aku dapat pekeliling tu dari my pakcik... then barulah tahu akan kewujudan blog di atas tu...tapi sedikit rasa terkilan dengan kemurahan hati penulis blog tersebut. sumpah ramai yang maki hamun aku ni. tapi ikhlas aku katakan, seelokknya, jgnlah di canang satu dunia lagi selagi pihak JPA x publish kat websitenya... bukan apa.. mana pergi etika kerja dan kerahsiaan dan yang penting sikap amanah dalam bekerja. kalo sekadar nak kasi hint tu, oklah... tapi jgn lah sampai share hampir 99% intipatinya. aku juga pernah kerja dengan bahagian yang terlibat dengan perbentangan budget negara... hampir 3 tahun aku kat situ... tapi memang boleh pujilah officer kat situ.... sebab mereka just kasi hint jer... dan x akan pecah kan rahsia selagi x diumumkan oleh PM... yang part bonus dan lain² faedah yang akan dapat tu, memang diarang ckp la.... lagi pun, aku percaya ramai yang nak tahu pasal tu jer kan... sama jugak dengan SSBPA ni.. aku sendiri dan kebanyakan orang, aku pasti, hanya nak tahu tangga gaji sahaja.. dan pasti, mereka kecewa, walopun dokumen setebal 131 tu, namun, hasrat utk melihat tangga gaji tu x tercapai...huh... sungguh beta keciwa....

pun begitu, owner blog tu, jgn marah... saya hanya memberi pendapat....

No comments:

Post a Comment