10 May 2014

Lelaki Sedingin Dia - Syah Shah


 Judul : Lelaki Sedingin Dia
Penulis : Syah Shah
Terbitan : Idea Kreatif
ISBN:978-967-07180-2-6
Tahun: Mei 2014
Harga : RM 23.00

Novel ni novel yg memang ML tunggu-tunggu. Selalu jugak desak encik penulis keluarkan kat blog dia. Dan en penulis ni nakal sikit. Dia bg secoit jer. Geram jer....
 Sh


Namun begitu, ML kecewa sikit bila dapat naskah penuh LSD ni. Bukan sbb tajuknya dah tukar.... Tp novel agak "lucah" sedikit. X sesuai utk bacaan gadis2 di bawah 21 tahun dan juga belum kawen. Sorrylah en. Syah Shah, ML bukan nak mengata. Si Fawwaz mmg sweet. ML memang suka watak dia. Fawwaz yg nakal, Fawwaz yg hati batu dan Fawwaz romantik. I like him. Mula jatuh cinta dgn Fawwaz saat 1st time he meet Adria. And always like him. Tapi tulah... Sgt x sesuai utk bacaan remaja.

Ni sinopsisnya....

Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Itu yang Andria dengar tentang Fawwaz Hakim. Memang benar... bagi Fawwaz, perempuan untuk dia hanya teman berhibur. Mereka ditemukan di bumi Cameron ketika masing-masing melarikan diri dari ‘perkahwinan paksa’. Saling tidak kenal tetapi ada sejarah yang tercipta. “Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!” - Andria Kata-kata Andria tatkala segalanya terbongkar buat Fawwaz rasa tercabar. Tunggulah, dia akan buat Andria tunduk di kakinya. “Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?” - Fawwaz. “Jangan nak buat cerita lah!” - Andria. “Buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?”- Fawwaz. Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang. Dan.. kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah, menjadi isteri pada lelaki itu. “Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku. Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya.” - Fawwaz Sampai bila hati kering seorang Fawwaz boleh bertahan dengan pesona yang ada pada Andria? Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi ‘manusia’?



Honestly, novel ni ringan. Pujian boleh diberikan kpd en penulis sbb hasilkan karya yg berbeza dr AGP. Cuma, bila dah masuk alam perkahwinan, ML rasa jalan ceritnya sedikit Slow. Ah, mungkin perasaan ML sahaja. Mungkin sbb ML berada di dalam pengaruh ubat batuk dan selsema. Mungkin. Tapi ML memang rasa ianya memang sedikit Slow.

X tahu di mana silapnya, mcm terkurang perisa pula dlm naskah LSD ni. Bermula dengan cetusan idea yg baik namun sedikit hambar dipengakhirannya. Apapun, terdapat beberapa pengajaran yg blh dijadikan panduan. Finaly, good luck to u mr Syah Shah. Moga dpt hasilkan karya2 yg bermutu... 

Rate: 3/5

4 comments:

  1. Kita pun dah baca citer ni. Mmg tunggu pun kemunculan c Fawwaz. Kita pun rasa ada something yg kurang. Maybe betul la sbb agak slow citer dia kat tgh2 tu. tak mcm awal bab..

    ReplyDelete
  2. ...'yang belum kahwin...' hahahahahaahhahahahahaha.[gelak guling2]
    pasai tu ke saya belum tergerak nak baca?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelak ... gelak.. hihihih... entah.. rasa bergula sgtlah...nak baca boleh tapi nanti tanggung sendiri. ML x recommend tau

      Delete