Judul : PA Untuk Dia
Penulis: Syamnuriezmil
ISBN: 9789670567327
Penerbitan : Penulisan2u
Cetakan: Jun 2014 (ML punya beli kat PBPK2014 Mei 2017)
Untuk melupakan, itu juga menyakitkan...
Tapi, tidak pasti dalam membuat keputusan, itu lebih perit!
Ini semua tentang hati YARA AISYA YAZID. Dia seorang PA yang sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai pemangkunya.
HANANIA WIDAD WAZIR seorang yang sangat serius sehingga Yara sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara disaster. Kerja sebagai PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya.
ONN ANDRE OTHMAN, pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.
“Saya booking diri saya untuk awak. What I need from you... is patience.” - Yara
“Saya sudah lama menunggu, kalau hanya untuk sebulan lagi, saya masih boleh menunggu. Lagipun pejam celik, pejam celik, dah sebulan. Saya harap nanti awak bawa balik jawapan untuk saya, jangan tinggalkan harapan.” - Onn
Soal hati, susah untuk dimengertikan. Yara cuba untuk tidak memilih, tetapi... kalau dia dipilih, macam mana? Sewaktu berada di Kalimantan, hatinya sudah mula berbelah bagi. Karakter Hanania Widad, mula meragut hati. Habis, macam mana dengan Onn? Susah untuk mematahkan hati orang. Baik patahkan tulang sebab tulang ada 206 batang dalam badan, tapi hati dalam badan cuma hanya satu.
“I already make my decision. I choose you.” - Hanania
Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?
Habis sudah baca karya Syamnuriezmil. Apa yg aku suka tentang manusia bernama Syamnuriezmil ni adalah, idea dia sentiasa segar. Walaupun simple, x beratkan otak, x serabutkan minda nak cerna, ringan dan mampu buat pembacanya kejung pipi kerana tersenyum, karya beliau memang ada kelas tersendiri. Kalaulah, suatu hari dia tukar nama lain pun, Insyaallah, ML boleh kenal kot karya dia. Dan ML rasa, dia lah satu2nya penulis, buat masa ini, yg gunakan tempoh yg singkat dlm setiap novel dia. X adalah mkn masa bertahun ker.
Mengenai PAUD, ML x nak lah komen lebih2. Yang pasti ML suka. Yara yang blur, kalut, degil dan perasan bagus. Hahahhahah... Balik2 dgn komitmen kerja dia. Yara yang x tahu hati sendiri. Yara yang sgt syg kan bos dan kadang2, ML rasa bendul sgt si Yara ni.
Antara Han dan Onn, ML lebih suka pada Onn. Oh ML, ko memang standard suka hero no. 2. X leh nak buat apa dah. Onn yang bersemangat. Onn yang tulus. Bila Onn dtg untuk putuskan pertunangan mereka, ML x marah. X rasa Pulak tindakan tu kejam. ML rasa kesian Pulak kat Onn. Hati ML pun turut sedih ngan Onn. Sampai hati Syamnuriezmil buat Onn gitu. Huhuhuhuhu
Walau apapun, nice job Syam. Thanks a lot coz selalu hidangkan snek yg sentiasa menjadi kudapan yg menyelerakan. No need aksi romantik, cintan-cinta yg tangkap leleh, ur novel dah mampu buat ku tersenyum.
Rate: 4/5
Rate: 4/5
Mmg best cita nyer..tp syg seribu kli syg..klo pjg sket mesti lg meletupkn..cita nyer trasa cm terlalu pendek..x sempat nk feeling..huhu
ReplyDeletehehehhe.. kalo pjg sgt pun bahaya jugak.. takut melalut jer.. for me just nice. cepat habis, cepat baca buku lain. x gitu??
Delete